2020年6月27日土曜日

Jurutera dan Teman Wanita Dipenjara Akibat Ingkar PKP

JURUTERA DAN SEORANG WANITA

Dihukum penjara dan juga didenda oleh Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bandar Seri Jempol, dekat Bahau.

Majistret Khir Nizam Jemari menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tertuduh iaitu Mohd Norhasnol Bin Nordin, 38 tahun dari Segamat Johor dihukum penjara 14 hari dan denda RM 300, manakala temannya Atiqah Muhadi, 26 tahun dari Labis, Johor dipenjara tujuh hari dan dikenakan denda RM 500.00

Khir Nizam turut mengarahkan mereka dipenjara dua bulan, jika gagal membayar denda keingkaran Perintah Kawalan Pergerakan.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua tertuduh secara bersama-sama, di jalan berhampiran stesen Petronas Pusat Perniagaan Bandar Seri Jempol, didapati bergerak dari satu tempat lain ke tempat lain ketika PKP dilaksanakan. 

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6 petang bertarikh 16 April 2020 yang lalu.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Oleh yang demikian, kedua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum mengikut Peraturan 11(1) peraturan yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi manakala kedua tertuduh tidak diwakili peguam.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/jurutera-dan-teman-wanita-dipenjara.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<