PAGES

2020年6月7日日曜日

Malaysia Negara No.1 Dunia Berjaya Bendung Penularan COVID-19 - Kita Harus Berbangga

Apa Intipati Kejayaan Malaysia Bendung COVID-19 Tular ???

KUALA LUMPUR:
Pengasingan individu yang Positif COVID-19 walaupun tidak bergejala dan juga aktiviti mengkuarantin rakyat kita yang baru pulang dari luar negara, negeri adalah tindakan utama Malaysia yang terbukti berjaya dalam membendung penularan wabak COVID-19 di negara tercinta ini.

Ketua Pengarah Kesihatan (KKM) iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Malaysia juga adalah negara pertama dan paling cepat bertindak dalam kalangan negara di rantau ini yang mengawal pergerakan rakyat melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai pada 18 Mac 2020 yang lalu, yang bertujuan memutuskan rantaian Virus dan Wabak KoronaVirus COVID-19 dalam kalangan masyarakat kita.

"Kes positif kita asingkan dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan walaupun tidak bergejala ringan, mereka hanya dikuarantin dan diasingkan di rumah sahaja.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Bagi rakyat kita yang baru pulang dari luar negara dan juga negeri (bagi sesetengah negeri terutamanya Negeri Sarawak), kita pastikan mereka dikuarantin selama 14 hari dan kita jalankan ujian swab pada hari pertama dan hari ke-13. Dengan pengawalan sebegini, kita dapat membendung penularan sama ada di dalam negara dan juga dari luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Program Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) yang dihoskan menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah dan disiarkan secara langsung di beberapa stesen TV dan lama Facebook KKMM.

Dr Noor Hisham turut berkata, apabila PKP satu, dua dan juga tiga dilaksanakan, terbukti pada 18 April 2020 lalu, kes COVID-19 tidak mencapai kemuncak 6,300 kes seperti yang diramalkan JP Morgan, sekali gus membuktikan Malaysia berjaya melandaikan lengkuk kes jangkitan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin kerana menerima nasihat Kementerian Kesihatan, selain memberi kepercayaan kepada semua penjawat awam sebelum membuat keputusan melaksanakan PKP melalui penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara ini.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tindakan ini diambil walaupun negara jiran kita iaitu Negara Singapura, Indonesia, Brunei Darussalam dan juga Thailand belum lagi melaksanakannya. Kita mengawal sempadan dan rakyat luar tidak dibenarkan untuk masuk ke Malaysia, sebelum kita melihat bagaimana kita dapat memutuskan penularan jangkitan dalam negara kita sendiri," katanya.

Dr Noor Hisham memaklumkan, walaupun masih tiada kes COVID-19 di Malaysia ketika peringkat awal kemunculan virus berkenaan di Wuhan, China pada penghujung tahun lalu, Malaysia sudah pun memulakan persediaan seawal Januari 2020 lalu bagi merangka perancangan strategik dengan mengenal pasti kaedah mengesan jangkitan, menambah baik respon kepada virus baharu dan juga persediaan kemudahan perubatan.

Sementara itu, ditanya mengenai jadual harian beliau dan pasukan Kementerian Kesihatan sejak COVID-19 melanda Negara tercinta ini, Dr Noor Hisham berkata, pasukannya memulakan tugas dengan mengadakan mesyuarat pada setiap hari jam 8 pagi.

"Selepas jam 9 pagi, kita bermesyuarat dengan Menteri Kanan dan menteri-menteri, dan melihat tindakan secara bersepadu membabitkan pendekatan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kadangkala, kita bermesyuarat dengan Perdana Menteri sehingga jam 1 tengah hari atau 2 petang dan kemudian kembali ke kementerian untuk melihat data kita. Perancangan kita adalah berdasarkan data.

"Kita juga selalu bermesyuarat sehingga tengah malam terutamanya jika kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD)," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Namun kejayaan ini bukan khasnya untuk KKM, Frontliner malah kejayaan ini adalah atas sumbangan serta kepatuhan semua Rakyat Malaysia yang ingin penularan COVID-19 disekat serta merta. 

Tahniah Rakyat Malaysia yang telah memberikan kerjasama atas kepatuhan bagi menyekat penularan Wabak COVID-19 dengan begitu pantas serta mengikut SOP yang telah kita tetapkan.

Akhir kata, sama-samalah kita untuk berganding bahu "Kita Jaga Kita".

Alhamdulillah.

" Tahniah Rakyat Malaysia "


@ Jackie San






1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/malaysia-negara-no1-dunia-berjaya.html

    返信削除