2020年6月7日日曜日

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) BERMULA 10 JUN 2020

MENGAPA NEGARA MALAYSIA MELAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP) MULAI 10 JUN 2020 ?

Pasti ramai yang tertanya-tanya serta ternanti-nanti apakah yang akan dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada jam 3 petang tadi, 07 Jun 2020 (Ahad). Alhamdulillah penantian yang kita tertanya-tanya telahpun termetrai yang mana Pengumuman Khas Perdana Menteria Malaysia hari ini berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Alhamdulillah hari ini kita telah mendapat berita gembira yang mana salah satunya adalah kita dah boleh merentas negeri (bagi tujuan melancong) serta pelbagai aktiviti.



Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sebelum ini yang akan berakhir 09 Jun 2020 akan ditukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) bermula pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020.

Ianya tidak termasuk Zon PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan).

Selain itu, rakyat harus bersyukur kepada kerajaan Malaysia yang telah membuka banyak sektor negara dan juga yang mengembirakan Rumah Ibadah, sukan yang tidak bersentuhan seperti bowling, tenis dan squash dibenarkan.

Sambutan Perayaan Aidiladha bagi Umat Islam juga telah dibolehkan tetapi mesti mengikut SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan Kerajaan.

Tapi itulah terfikir juga bila wujudnya segerombolan kereta dan umat manusia yang akan balik ke kampung masing-masing dan ia mengundang suasana kesesakan lalu-lintas kelak. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

PM Malaysia juga mengucapkan syabas kepada semua para petugas barisan hadapan dan kepada seluruh Rakyat Malaysia yang telah menyumbang kepada kejayaan negara bagi membendung Wabak COVID-19. Kejayaan ini adalah kejayaan semua. Perdana Menteri amat terharu kepada rakyat yang memberikan kerjasama yang baik kepada petugas barisan hadapan, pihak berkuasa dengan mematuhi garis panduan dan SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP dan PKPB yang dilaksanakan.

Perdana Menteri dengan terharunya telah mengumumkan bahawa Mulai 10 Jun 2020, perlaksanaan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD. Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu-bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain, bahagian bolehlah berbuat demikian. Cuma nasihat PM adalah untuk semua senantiasa jaga kebersihan diri, amalkan penjarakkan sosial, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan mengunjungi kawasan yang sesak semasa pulang ke kampung. Ingat, jika ibu bapa anda adalah warga emas, mereka dalam kategori orang yang mudah untuk terdedah kepada jangkitan wabak COVID-19. Jadi, walaupun kita seronok dapat menziarahi mereka, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi keluarga, kedua orang tua daripada terkena jangkitan wabak ini.

Selain itu, hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi negara akan mula beroperasi secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

Bahkan Pasar Terbuka, Pasar Pagi, Pasar Malam, Pasar Tamu, Bazaria bahkan Medan Selera, Pusat Penjaja, Food Truck dan Gerai Makan juga dibenarkan beroperasi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aktiviti ataupun program lawatan ke muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan rekreasi termasuk memancing di kolam komersial dan juga penggambaran filem juga dibenarkan. 

Aktiviti mesyuarat dan juga bengkel turut dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan dengan kaedah mengoptimumkan ruang dan penjarakkan sosial.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang telah dibenarkan dan yang tidak dibenarkan, bolehlah melayari web Majlis Keselamatan Negara.

Untuk peringatan semua juga Kerajaan Melaksanakan PKPP dengan berteraskan kepada 7 Stategi Utama iaitu:

a). Pengukuhan Kesihatan Awam
b). Perundangan dan Penguatkuasaan
c). Pengukuhan Kawalan Sempadan
d). Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi
e). Pembudayaan Kebiasaan Baharu
f). Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti
g). Perlindungan Golongan Berisiko.


    فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا .  إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا 
Yang bermaksud:
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan, bahawa sesungguhnya tiap- tiap kesukaran disertai kemudahan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


 @ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/perintah-kawalan-pergerakan-pemulihan.html

    返信削除

Featured post

SHIBUYA'S HACHIKO STATUE WILL BE COVERED UP FOR NEW YEAR'S 2025 EVE, PEDESTRIAN BARRICADES INSTALLED - SHIBUYA TOKYO JAPAN

SHIBUYA'S HACHIKO STATUE WILL BE COVERED UP FOR NEW YEAR'S 2025 EVE, PEDESTRIAN BARRICADES INSTALLED - SHIBUYA TOKYO JAPAN @Jr_Paku ...