2020年6月22日月曜日

Pintu Sempadan Negara Brunei Dan Singapura Akan Dibuka


KUALA LUMPUR:
Kerajaan bersetuju untuk membenarkan rakyat Negara Brunei dan juga rakyat Negara Singapura untuk masuk ke negara ini tetapi tertakluk kepada syarat timbal balas daripada kedua-dua negara itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan secara dasarnya bersetuju untuk membenarkan rakyat Singapura dan Brunei untuk masuk ke Malaysia tanpa perlu untuk mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ismail Sabri berkata, keputusan yang dicapai dalam mesyuarat khas itu turut mengetepikan keperluan rakyat dari kedua-dua negara terbabit untuk membuat saringan COVID-19 dan harus menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bagaimanapun katanya, kelonggaran untuk membuka pintu sempadan kepada kedua-dua negara jiran tersebut adalah tertakluk kepada syarat timbal balas dari Singapura dan juga Brunei.

"Kita mahu rakyat kita juga diberi kelonggaran sama untuk masuk ke Negara Brunei dan juga Negara Singapura, justeru itu perkara ini masih dalam perbincangan lanjut antara Wisma Putra bersama rakan sejawatan masing-masing.

"Kita akan tunggu apa jua perkembangan lanjut berhubung rundingan ini dan sebarang persetujuan yang berupaya dicapai akan dimaklumkan kepada umum," katanya pada sidang selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya dekat sini, hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, pelawat asing bagi tujuan pelancongan kesihatan turut dibenarkan 'lampu hijau' untuk masuk ke Malaysia, tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Imigresen Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, pelawat asing bagi tujuan berkenaan perlu melalui Kementerian Kesihatan dan mendaftar dengan Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), selain menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal atau setibanya di Malaysia.

"Mereka tidak perlu untuk dikuarantin wajib kerana akan terus dibawa ke hospital. Kita juga membenarkan mereka untuk membawa seorang penjaga atau pun pengiring untuk bersama, namun individu berkenaan perlu memuat turut aplikasi MySejahtera.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tindakan ini bagi memastikan kita dapat memantau pergerakan mereka, sekali gus membuat pengesanan mudah sekiranya ada penularan jangkitan wabak COVID-19 daripada beliau," katanya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/06/pintu-sempadan-negara-brunei-dan.html

    返信削除

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...