2020年7月30日木曜日

Viral " Dibuli, Ditendang & Dipaksa Cium Kaki 10 Kali Gadis Trauma Ke Sekolah "

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

GADIS TRAUMA HENDAK KE SEKOLAH AKIBAT SERING DIBULI, DITENDANG DAN DIPAKSA CIUM KAKI 10 KALI

Seorang pelajar di Bekasi, Indonesia telah menjadi mangsa buli rakan sebaya di sekolahnya akibat hanya memakai solekan ke sekolah. Melalui video yang viral telah melaporkan peristiwa yang berlaku pada 24 Julai 2020 (Jumaat), mangsa telah ditendang di bahagian mukanya dan dipaksa untuk mencium kaki pembulinya di sekolah tersebut.

Menurut Surat Khabar Indonesia (Tribun), mangsa yang telah dibuli oleh sekurang-kurangnya dua pelajar perempuan dari sekolah berdekatan itu kini dalam keadaan trauma untuk keluar rumah dan juga ke sekolah. Menurut keluarga pelajar perempuan tersebut, dia berasa malu memandangkan kini wajah pelajar tersebut kini viral di media sosial.

" Dalam video yang viral di media sosial juga menyaksikan mangsa (pelajar) dilihat dalam keadaan mencangkung sambil cuba menutup mukanya sambil salah seorang pembuli menghulurkan kakinya dan memaksa pelajar tersebut untuk mencium kakinya sebanyak 10 kali."

Sebelum itu, pelajar tersebut juga telah ditarik dari motosikal yang dipandunya hingga menyebabkan mangsa jatuh. Selepas itu, pembuli telah bertindak menendang mangsa beberapa kali dan melalui video yang viral membuktikan mangsa dalam kesakitan dan menjerit beberapa kali. Rakan pembuli (perakam video viral) turut menasihatkan pembuli untuk berhenti dengan perbuatannya tetapi tidak diendahkan.

" Dahlah jangan diulangi lagi sakit dia."

Difahamkan, mangsa telah dibawa bagi mendapatkan rawatan dan melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital dan bukti daripada laporan kesihatan akan digunakan oleh keluarga mangsa untuk membuat laporan polis dan tindakan seterusnya terhadap pembuli.


@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<