2020年7月16日木曜日

VIRAL " Isu Sempadan DiKatakan Palsu Antara Sarawak dan Negara Brunei "

PENGUMUMAN BAGI PELAKSANAAN PERINTAH BAYARAN KELUAR DAN JUGA BAYARAN MASUK 2020 OLEH KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Pengumuman Pelaksanaan Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk 2020 oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi Negara Brunei Darussalam baru - baru ini akan memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja negara itu untuk mengenakan bayaran sebanyak BN$3 (lebih kurang RM 9.22) kepada setiap pelawat yang melalui pintu keluar dan masuk melalui jalan darat ke negara itu.

Perintah yang akan dikuatkuasakan mulai 01 Ogos 2020 (Sabtu) ini pastinya amat meresahkan seluruh penduduk Negeri Sarawak terutamanya yang tinggal di Daerah Lawas, Limbang dan juga Daerah Miri. Mereka yang paling terkesan akibat keterpaksaan untuk melalui Sempadan Negara Brunei Darussalam bagi tujuan ke tempat kerja setiap hari, sama ada mereka bekerja di Negara Brunei mahupun bekerja di Daerah Limbang dan juga Daerah Lawas.

Perintah baru yang dikeluarkan oleh kerajaan Brunei ini pastinya akan memberikan sedikit tekanan kewangan kepada rakyat yang sudah sedia ada tertekan dengan pelbagai kenaikan kos sara hidup dan kini ditambah pula dengan kelembapan ekonomi ketika ini disebabkan wabak COVID-19 yang melanda seluruh negara. Sebagai contohnya, selama ini penduduk di Daerah Miri yang hendak ke Daerah Lawas terpaksa melalui 4 pintu sempadan imigresen dan kastam Negara Brunei sebelum tiba ke destinasi. Keadaan ini pastinya akan mengganggu kelancaran perjalanan serta menambah bebanan kewangan sekiranya bayaran keluar-masuk oleh kerajaan Brunei mula dikuatkuasakan nanti.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dengan perkembangan terbaru ini juga, desakan bagi mempercepatkan pembinaan jalan raya yang menghubungkan terus Bahagian Limbang dan Bahagian Miri tanpa melalui Negara Brunei semakin kuat kedengaran sehingga ke Parlimen Malaysia. Lebih-lebih lagi ia sudah pun menjadi modal politik oleh parti-parti pembangkang sejak sekian lama dan pastinya menjadi modal pusingan yang cukup baik tatkala pilihan raya negeri yang sekejap lagi bakal tiba.

Hakikatnya, parti pembangkang kini melihat Yang Berhormat tempatan dilihat memang buta isu berkaitan kepentingan jalan raya sebagai asas keperluan untuk hidup berbanding kepentingan membina "Waterfront" serta pembangunan yang memberikan keuntungan kepada YB yang harus didahulukan sejak berpuluh-puluh tahun lagi.

Selain itu, masalah ini timbul sebagai kesan kewujudan sempadan negara bangsa yang wujud di antara Negara Malaysia dan Negara Brunei (jiran). Oleh kerana adanaya garisan sempadan yang dianggap palsu ini, Malaysia terpaksa membina jalan nun jauh di dalam hutan bagi menghubungkan kawasan Miri - Limbang - Lawas tanpa melalui pos imigresen Negara Brunei, dan Negara Brunei pula telah mengambil langkah bijak dengan membina jambatan terpanjang di Asia Tenggara iaitu Jambatan Temburong sepanjang 30 km yang menelan belanja kira-kira BN$1.6 billion (RM 4.9 billion) bagi menghubungkan Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong tanpa lagi melalui pintu sempadan imigresen di Limbang, Sarawak (Malaysia). Ianya telah menjejaskan perniagaan di Daerah Limbang dan juga Lawas yang sebilangannya amat bergantungan dengan pelanggan dari Negara Brunei Darussalam yang selalu hadir ke tamu dan juga daerah berdekatan setiap minggu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Rakyat Sarawak khususnya dan umat Islam amnya seharusnya melihat isu ini secara lebih mendalam apakah maksudnya, bukannya hanya berfikiran negatif melihat isu jumlah bayaran yang akan dikenakan oleh Kerajaan Negara Brunei, mahupun sebatas melihat isu bagaimana untuk mengelak imigresen.

Asas ke atas isu ini adlaah kerana adanya sempadan yang dikatakan palsu yang wujud antara Negara Brunei dan juga Negeri Sarawak (Malaysia) hasil dari penjajahan British dahulu kala. Padahal negeri-negeri umat Islam ini merupakan negeri yang satu, dan wajib bersatu dalam sebuah negara tunggal. Sekiranya tiada sempadan negara bangsa ini, pastinya isu ini tidak akan wujud pada masa kini. Malahan dana kewangan serta sumber daya manusia yang digunakan bagi membina jambatan serta jalan pintasan dari Negeri Sarawak itu boleh digunakan untuk membangunkan kemudahan lain yang lebih memberikan manfaat kepada rakyat Sarawak amnya.

Lakaran sempadan yang dikatakan palsu di negeri-negeri umat Islam ini wajiblah dihapuskan dan umat Islam wajib kembali bersatu dalam satu negara iaitu negara Khilafah, yang diwajibkan oleh Allah S.W.T dan Rasul-Nya (SAW). Begitu juga dengan pemilikan umum seperti minyak dan juga gas yang banyak terdapatnya di Negeri Sarawak dan juga di Negara Brunei Darussalam harus diuruskan dengan baik secara halal yang diwajibkan oleh Islam bukannya menjadi milik negara atau milik syarikat korporat mahupun oleh seseorang individu seperti yang berlaku di Negara Brunei Darussalam.

Keadaan umat ini menjadi lebih parah apabila dipimpion oleh para penguasa yang dilihat tidak amanah, yang janjinya hinggakan gajah pun boleh terbang tatkala berkempen sempena pilihan raya. Namun bila sudah mendapat tempat, berkuasa, ketika bercakap dengan rakyat hidungnya sudah mencapai dan mendongak ke langit, walhal hakikatnya kakinya sehasta tenggelam di dalam lumpur.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-isu-sempadan-dikatakan-palsu.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Sightseeing Mode Summer Break

   https://youtu.be/cPJqWJOvoag?si=DNWCqX5_Ax3yiTH9 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<