2020年7月21日火曜日

VIRAL " Wanita Disahkan Conteng Mural Pemimpin Yang Berjasa "



SHAH ALAM : Wanita yang telah disahkan bertindak menconteng wajah pemimpin yang dihasilkan oleh pelukis mural di Taman Cahaya Alam.

Pelukis Mural Muhammad Suhaimi Ali, 27 tahun meluahkan rasa terkejut dengan terjawabnya siapakah yang bertindak menconteng mural dan menulis perkataan yang dianggap tidak bermaruah dan biadab di atas lukisan mural penghasilan karyanya itu. Selain itu, pelukis tersebut juga mengaku tidak mengenali individu tersebut.

Malah, beliau turut menafikan mempunyai musuh sepanjang empat tahun berkarya.

"Saya tidak mengenali beliau (pencoteng mural), saya sebenarnya dengan yakin kemungkinan si pembuat adalah lelaki, rupanya wanita.

"Kami tidak ada musuh, belum pernah kami terima ugutan sama ada melalui mesej ataupun secara berdepan, kalau diconteng sebab cemburu, itu saya tidak pasti," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian, hari ini.

Semalam, kelibat dua orang wanita dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural pemimpin negara yang amat berjasa itu dilihat dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang mula tular beberapa jam selepas kejadian biadap tersebut.

Suhaimi yang merupakan graduan Ijazah Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, mereka masih dalam tempoh bertenang dan tidak berhasrat untuk melukis semula potret pemimpin di lokasi yang sama dalam masa terdekat.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Buat masa ini belum ada perancangan untuk kami melukis mural di kawasan itu tetapi mungkin di tempat yang lain dulu demi meredakan keadaan dan situasi," katanya.

Beliau turut menambah, beliau mula melukis potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melukis lima lagi potret pemimpin secara berperingkat-peringkat.

"Beliau turut mengakui menyiapkan satu lukisan yang mengambil masa selama dua (2) hari dan beliau bersama teman melakukan kerja-kerja melukis pada penghujung minggu disebabkan mereka mempunyai kerja tetap. Biasanya beliau mula bekerja pada jam 10 pagi hingga 2 petang dan kemudian menyambung semula dari jam 5.30 petang sehingga jam 7 malam.

"Lukisan tersebut disiapkan sepenuhnya pada 29 Jun 2020 lalu dan tidak sampai sebulan lukisan tersebut sudah dipadam (selepas diconteng dengan perkataan kesat). Saya berasa terkilan terhadap pelaku yang tidak bermaruah dan juga tiada jati diri mempertahankan dan menanamkan prinsip rukun negara sebagai anak jati Malaysia," katanya.

Katanya lagi, lukisan itu boleh mencecah RM 10,000 tapi dilukisnya secara percuma sebagai tanda menghargai pemimpin yang sama-sama berjuang memerangi situasi sedunia terhadap Wabak COVID-19.

"Kos bagi menyiapkan lukisan itu tidaklah sampai RM 1,000 tapi harganya menjadi mahal disebabkan ramai yang menyukai dan menghargai usaha kita menghasilkan seni tersebut.

"Tidak semua lukisan terus jadi dengan satu percubaan, ada yang perlu dilukis berkali-kali sehingga terhasilnya sesebuah seni dan lukisan itu," katanya.

Terdahulu, media melaporkan lukisan mural itu disedari diconteng dengan kata-kata kesat kira-kira pada jam 7 pagi kelmarin oleh orang awam yang melalui lokasi itu.

Selain potret Yang di-Pertuuan Agong, turut diconteng ialah wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lukisan Mural tersebut turut memaparkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-wanita-disahkan-conteng-mural.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<