2020年8月23日日曜日

VIRAL " Ke Tali Gantung Edar Dadah DI Kuching "

KUCHING : Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas tuduhan mengedar Syabu seberat kira - kira 211.95 gram yang dilakukannya pada tahun 2018.


Hakim Datuk Supang Lian menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Jason Hew Kiong Chew, 29 tahun, selepas perbicaraan penuh dijalankan dan tertuduh didapati bersalah.


Dia disabitkan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah SubSeksyen 39B(2) akta yang sama.


Dalam penghakimannya, Supang berpuas hati apabila pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tersebut melampui keraguan munasabah.


"Setelah meneliti keseluruhan bukti, ternyata tertuduh dalam kes ini gagal menolak anggapan di bawah Seksyen 37 (da) ADB 1952 dan tidak membangkitkan sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.


"Justeru, tertuduh didapati bersalah mengedar dadah dan disabitkan mengikut pertuduhan," ujar beliau semasa menjatuhkan hukuman.


Berdasarkan ke atas pertuduhan, lelaki itu didakwa mengedar dadah pada 11 September 2018, jam 7.15 petang  di sebuah rumah di Taman Tematu Hill, Jalan Datuk Stephen Yong, di sini.


Menurut laporan terdahulu, tertuduh telah ditangkap susulan penemuan ke atas 12 paket lutsinar berisi ketulan kristal disyaki Syabu.


kesemua dadah tersebut dianggarkan bernilai mencecah RM 45,000 dan turut disita pada hari kejadian adalah sebuah kereta dan wang tunai yang bernilai RM 5,294.


Seramai tujuh (7) orang saksi pendakwaan dipanggil untuk membantu memberikan keterangan pada kes ini.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya ROnnie Entili manakala tertuduh diwakili peguam, Louis Jarau Patrick.


@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-ke-tali-gantung-edar-dadah-di.html

    返信削除
  2. Am Laura Mildred by name, i was diagnosed with Herpes 4 years ago i lived in pain with the knowledge that i wasn't going to ever be well again i contacted so many herbal doctors on this issue and wasted a large sum of money but my condition never got better i was determined to get my life back so one day i saw Mr. Morrison Hansen post on how Dr. Emu saved him from Herpes with herbal medicine i contacted Dr. Emu on his Email: Emutemple@gmail.com we spoke on the issue i told him all that i went through and he told me not to worry that everything will be fine again so he prepared the medicine and send it to me and told me how to use it, after 14 days of usage I went to see the doctor for test,then the result was negative, am the happiest woman on earth now thanks to Dr. Emu God bless you. Email him at: Emutemple@gmail.com Whats-app or Call him: +2347012841542 

    返信削除

Featured post

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA  @Jr_Paku Midin Channel SEOUL Groups of Korean survivors of the U....