PAGES

2020年8月2日日曜日

VIRAL " UMNO IMPIKAN RAMPAS SABAH "

UMNO BERHAK RAMPAS KEMBALI SABAH

Johor Baharu : UMNO Sabah perlu untuk mengambil semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang penyandangnya melompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini.

Naib Presiden UMNO iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata demikian yang mana menyifatkan UMNO Sabah juga perlulah bersedia untuk menebus kembali kekalahan sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

"UMNO Sabah perlulah bersedia mental dan juga tenaga bagi menempah sebarang kemungkinan kemengangan besar nanti, ambil balik semua kerusi yang melompat ke BERSATU sebelum ini.

"Insya - Allah tiada yang mustahil. UMNO BN (Barisan Nasional) akan menebus kembali maruah termasuk tebus balik semua kerusi-kerusi tersebut, " katanya dalam status terbaharu Facebook beliau hari ini.

Pergolakan politik Negeri Sabah sejak dua hari lalu kian memuncak apabila Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengumumkan pembubaran DUN sekali gus PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuatkuasa.

Krisis di negeri itu mula tercetus apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman mendakwa mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berhak menerajui kerajaan baharu.

Sebaliknya, Mohd. Shafie kemudian bertindak untuk bersemuka Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bagi memperakukan permohonan pembubaran kerajaan serta PRN lebih awal dari tempoh jangka masa yang ditetapkan iaitu 5 tahun.

Pada PRU-14 yang lepas, Barisan Nasional Sabah hanya memperolehi kerusi sebanyak 29 namun mendapat sokongan dua wakil dari Parti Solidariti Rakyat Sabah (Star) sekali gus memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sebaliknya selepas tempoh 48 jam, enam (6) ADUN BN keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan menyokong Mohd. Shafie yang juga Presiden Warisan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Tidak lama kemudian, UMNO Sabah menerima tamparan hebat sekali lagi apabila berlakunya 13 wakil rakyat Negeri Sabah yang terdiri dariapda sembilan (9) ADUN dan empat (4) ahli Parlimen bertindak keluar dari parti pada Disembe 2018, kemudian dan seterusnya menyertai BERSATU.


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/08/viral-umno-impikan-rampas-sabah.html

    返信削除