2020年10月23日金曜日

VIRAL " Demi Duit Hukuman Berat Sebelah Dari Kerajaan Kepada Orang Kebanyakkan "





KUALA LUMPUR, 22 OKTOBER 2020 

- Pendakwah Firdaus Wong meluahkan ketidakpuashatian beliau dan mengkritik sekeras - kerasnya sikap kerajaan yang sambil lewa serta terang - terang mengamalkan sikap berat sebelah dengan melaksanakan hukuman terhadap golongan kebanyakan yang melakukan kesalahan.


Firdaus yakin balasan Tuhan akan datang jika sikap kerajaan yang senantiasa melepaskan pesalah yang terang - terangan berbuah kesalahan ( orang kaya ) dilepaskan dari hukuman sepatutnya.


" Bila orang berkedudukan, kaya raya amnya membuat kesalahan akan mudah dilepaskan walaupun terbukti sudah salah. Manakala bagi orang kebanyakkan tanpa kedudukan serta wang (miskin) atau marhaen akan terus dihukum mahupun dijatuhkan hukuman berat.


" Insya Allah Nantikanlah Hukuman Dari - Nya Andai Kita Terus Double Standard dalam menjatuhkan hukuman," coretnya dalam paparan Skrin Twitter yang dimuat naik di Instagram beliau.


Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) itu berkata Islam mengajar keadilan dan Umat Islam perlu bersikap adil dalam menegakkan kebenaran. Lebih - lebih lagi yang telah menjawat jawatan yang memegang amanah rakyat, negara mahupun Tuhan. Mana Nilai Integriti ???


Beliau juga membangkitkan sabda Nabi Muhammad yang mahu memotong tangan anaknya Fatimah jika didapati bersalah kerana mencuri.


" Nabi tegas melaksanakan hukuman yang ditetapkan oleh Allah. Jangan kita memilih untuk double standard dalam menjatuhkan hukuman," tulisnya.


Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam yang bebas dari sebarang hukuman atas sebab melanggar kuarantin berwajib wabak pandemik COVID-19 selepas kembali ke negara dari Turki pada 07 Julai 2020 yang lalu.


Pejabat Peguam Negara tidak mengemukakan sebarang pertuduhan terhadap pemimpin PAS itu memandangkan tiada keterangan bukti kukuh.


Sehubungan itu menurut Polis Bukit Aman juga, tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap kes ini yang sebelumnya disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-demi-duit-hukuman-berat-sebelah.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<