2020年10月7日水曜日

VIRAL " KEMPEN PRN SABAH PUNCA KENAIKAN MENDADAK KES POSITIF COVID-19 NEGARA " "



KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin bin Yassin turut mengakui bahawa Kempen Pilihan Raya Negeri Sabah adalah punca peningkatan Kes Wabak Pandemik COVID-19 dalam negara waktu ini.


Perdana Menteri turut berkata, hakikat itu memang sukar untuk disangkal berikutan PRN Sabah perlu diadakan seperti yang telah dijadualkan dan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.


Beliau turut memaklumkan bahawa, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan wabak pandemik COVID-19 tidak merebak ketika pilihan raya diadakan namun masih terdapat kelemahan dan juga ada sebilangan yang tidak mematuhinya.


"Misalannya penjarakkan sosial. Ketika saya sendiri turun untuk berkempen di banyak lokasi, saya masih lihat SOP mengenai penjarakkan sosial agak kurang dipatuhi.


"Walaupun hampir keseluruhan memakai pelitup muka, tetapi masih ramai yang duduk berdekatan di antara satu sama lain dalam keadaan yang agak sesak, " katanya ketika Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial, hari ini.


Mengimbas ketika kempen PRN Sabah tempoh hari, Muhyiddin turut berkata, beliau sendiri terpaksa membuat SOP sendiri bagi memastikan dirinya terhindar daripada jangkitan Wabak COVID-19.


"Saya datang dengan kereta dan terus ke pentas tanpa melalui khalayak ramai. Ketika hendak dan sedang berucap, saya sering memperingatkan semua yang hadir untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan jangan ingkar.


"Duduk diam dan jangan rapat-rapat, senantiasa menggunakan pelitup muka dan sentiasa dalam keadaan bersih serta sentiasa membasuh tangan atau menggunakan sanitizer untuk menjaga diri sendiri.


"Setelah habis berucap, saya terus masuk ke dalam kereta dan meninggalkan tempat ceramah. Dengan itu, saya tidak bersalam atau menyentuh sesiapa," katanya.


Beliau turut mengingatkan pegawai-pegawainya supaya tidak mengatur kempen di kawasan Zon Merah walaupun menerima undangan.


"Saya terpaksa tolak dengan cara yang terbaik. Ya, kalau diikutkan memang saya ingin berkempen di semua tempat di Negeri Sabah, tetapi saya harus memikirkan tentang keselamatan dan kesihatan diri termasuk keselamatan orang ramai yang hadir ke tempat berkempen, pegawai saya dan tidak dilupai keselamatan dan kesihatan saya sendiri.


"Namun, hakikatnya telah ada mereka yang telah dijangkiti wabak pandemik COVID-19 ini ketika berada di Negeri Sabah. Ini sesuatu yang amat mendukacitakan saya, ".



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-kempen-prn-sabah-punca-kenaikan.html

    返信削除
  2. I want to thank Dr Emu a very powerful spell caster who help me to bring my husband back to me, few month ago i have a serious problem with my husband, to the extend that he left the house, and he started dating another woman and he stayed with the woman, i tried all i can to bring him back, but all my effort was useless until the day my friend came to my house and i told her every thing that had happened between me and my husband, then she told me of a powerful spell caster who help her when she was in the same problem I then contact Dr Emu and told him every thing and he told me not to worry my self again that my husband will come back to me after he has cast a spell on him, i thought it was a joke, after he had finish casting the spell, he told me that he had just finish casting the spell, to my greatest surprise within 48 hours, my husband really came back begging me to forgive him, if you need his help you can contact him with via email: Emutemple@gmail.com or add him up on his whatsapp +2347012841542 is willing to help any body that need his help.

    返信削除

Featured post

FINAL Kumamoto Masters Japan 2024 Leong Jun Hao

   https://youtu.be/Yz5dbqq1o-U?si=C2ldaKT7Cy5VCm1L >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<