PAGES

2020年10月17日土曜日

VIRAL " Ketua Polis Daerah Termasuk Pegawai Bukit Aman Ditahan SPRM "



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan beberapa Pegawai Kanan Polis yang juga bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.


Setakat hari ini, beberapa Ketua Polis Daerah (KPD) dan juga tiga (3) Pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah serta seorang Pegawai Unit Perjudian (D7) Bukit Aman, telah ditahan dan juga dipanggil untuk siasatan lanjut berhubungnya dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjudian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haram.


Sumber turut memaklumkan bahawa SPRM turut memanggil beberapa Pegawai Kanan dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) untuk membantu siasatan serta rakaman percakapan turut diambil.


" Setakat hari ini, tujuh (7) Pegawai Kanan sudah ditahan dan dipanggil bagi tujuan siasatan lanjut berhubungnya kegiatan pengubahan wang secara haram daripada aktiviti judi dalam talian.


" Pada masa ini, proses bagi mengesan saki -  baki yang lain bagi tujuan membantu siasatan masih lagi diteruskan, " katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya lagi, nama - nama sebahagian pegawai dan juga anggota ini diperoleh daripada siasatan awal terhadap seorang lelaki yang dipercayai mendalagi aktiviti perjudian dalam talian bersama - sama orang kanannya bergelar Datuk.


Mereka ditahan pada Sabtu dan Ahad lalu hasil siasatan ke atas beberapa selebriti, personaliti terkenal dan juga usahawan yang menjalankan perniagaan dengan wang hasil daripada aktiviti judi dalam talian dan aktiviti penipuan Macau Scam.


Selain itu, Azam turut mengesahkan penahanan 20 orang individu berdasarkan siasatan ke atas kes pengubahan wang haram termasuk yang membabitkan lapan (8) Pegawai Polis.


Beliau turut mengesahkan akan melakukan tangkapan lain ke atas mereka yang disyaki terlibat.


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut menahan 10 orang individu termasuk lapan (8) Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merampas wang tunai RM 100,000 berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan juga Macau Scam.


Empat (4) Pegawai Kanan terbabit masing - masing seorang berpangkat Asisten Komisioner (ACP), Superitendan, Deputi Superitendan dan Asisten Superitendan serta dua (2) anggota berpangkat Lans Koperal ditahan sejak petang semalam sehingga tengahari tadi, manakala empat (4) lagi masih ditahan petang tadi.


Semua anggota terbabit yang bertugas di Bukit Aman dan juga Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Selangor.


Menurut sumber, Pegawai Berpangkat ACP itu bagaimanapun sudah dibebaskan selepas keterangannya direkodkan, namun seorang lagi pegawai berpangkat Superitendan direman semalam untuk membantu siasatan.


" Ketika proses tangkapan di lakukan, pihak SPRM turut merampas wang tunai RM 100,000 dari kediaman seorang daripada pegawai yang ditahan.


" Setakat ini, siasatan lanjug sedang dijalankan bagi mengenalpasti sama ada mereka menerima 'habuan' lumayan daripada seorang lelaki berpangkat Datuk yang ditahan dan direman Sabtu lalu, bagi melindungi judi dalam talian tempatan dan juga Macau Scam yang mensasarkan mangsa di Negara China," katanya ketika dihubungi semalam.


Katanya lagi, pihak SPRM masih mengesan baki sebahagian lagi pegawai dan juga anggota polis yang bertugas di peringkat Bukit Aman, Kontijen Selangor dan juga Kuala Lumpur serta beberapa Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk membantu siasatan.


" Tindakan tangkapan dilakukan ini berdasarkan maklumat dan juga keterangan diperoleh daripada lapan (8) suspek awal yang ditahan termasuk seorang lelaki bergelar Datuk yang menguruskan dan juga mengendalikan pembayaran bagi melindungi kegiatan judi dalam talian dan juga Macau Scam yang kemudian ' mencuci wang ' berkenaan dengan melaburkannya dalam perniagaan yang membabitkan selebriti serta usahawan kosmetik, " katanya.


Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut mengesahkan bahawa penahanan dua (2) Pegawai Kanan daripada JSJ Bukit Aman yang dipercayai ada kaitan dengan pengubahan wang haram yang membabitkan selebriti tanah air.


" Kes kini disiasat SPRM dan mereka tidak memaklumkan maklumat terperinci mengenai penahanan itu, namun kami turut membuat siasatan dalaman mengenai perkara ini.


" Kita (PDRM) juga menerusi Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya akan membuat siasatan sejauh mana pembabitan pegawai dalam isu ini, " katanya.


Sebelum ini, SPRM membekukan 750 akaun dengan simpanan kira - kira RM 75 Juta hasil aktiviti pengubahan wang haram, termasuk membabitkan selebriti dan juga usahawan kosmetik negara.


SPRM juga turut menyita 24 kenderaan mewah dan juga motosikal berkuasa tinggi milik beberapa daripada individu yang ditahan.


Dalam pendedahan sebelum ini adalah didapati dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat negara China, tetapi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ' pelaburan '  termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform membersihkan wang hasil penipuan.


Ejen sindiket ini akan mendekati selebriti tanah air dan menyatakan minat untuk melabur dalam perniagaan atau menyuntik modal untuk selebriti berkenaan memulakan perniagaannya.


Susulan itu, seorang selebriti bersama isterinya yang juga seorang artis serta seorang usahawan kosmetik dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.


Difahamkan juga, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, akan mengeluarkan kenyataan berhubung kejayaan dalam operasi ini.



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿