2021年1月21日木曜日

Kerajaan Indonesia Gesa Waris Mangsa Tuntut Segera 188 Beg Mayat Berisi Anggota Badan Mangsa Pesawat Sriwijaya "



JAKARTA, INDONESIA:

Pasukan Mengenalpasti Mangsa Nahas (DVI) Polis dan Pusat Perubatan Indonesia kini telah menerima sebanyak 188 beg yang mengandungi mayat anggota badan mangsa pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada 09 Januari 2021 yang lalu.


" Sehingga jam 09 pagi kelmarin, pihak Pasukan DVI telah menerima sebanyak 188 beg mayat mangsa pesawat Sriwijaya Air seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pemerintah Pasukan DVI iaitu Pesuruhjaya Utama Polis, Encik Hery Wijatmoko. Ianya dimaklumkan dalam satu sidang akhbar di Hospital Nasional Polis bertempat di Jakarta Timur pada 18 Januari 2021 (Isnin).


162 dari 188 beg mayat tersebut telah selesai bagi tujuan pemeriksaan urutan dan manakala baki 26 beg lagi masih dalam proses penentuan persamaan identiti mangsa oleh pasukan penyiasat yang dilantik.


" Pagi kelmarin (18 Januari 2021), empat (4) fasa pemeriksaan telah dilakukan oleh empat (4) pasukan khas, selain menjalankan aktiviti - aktiviti pemeriksaan menggunakan Sistem Identifikasi Jari Automatik."


Penyiasat Indonesia juga telah berjaya memuat turun data dari perakam Pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 hanya beberapa hari selepas pesawat malang tersebut terhempas ke laut dan mengorbankan seramai 62 orang penumpangnya.


Ketua Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional iaitu Encik Soerjanto Tjahjono dalam satu (1) kenyataan sebelum ini turut memaklumkan bahawa semua maklumat dan data yang ditemui adalah dalam keadaan memuaskan dan baik.


Alat perakam yang menyimpan maklumat mengenai kelajuan, ketinggian dan juga arah pesawat malang berkenaan itu dapat memberikan petunjuk yang begitu penting dan menjawab persoalan kenapa pesawat tersebut terjunam dari ketinggian kira - kira 10,000 kaki (3,000 meter) dalam waktu kurang seminit sebelum Sriwijaya Air terhempas di laut di luar Jakarta.


Selain tiu, lebih kurang 3,000 orang mengambil bahagian dalam operasi membantu nahas berkenaan serta puluhan kapal dan juga helikopter turut bekerjasama dalam kerja - kerja pencarian.


Sementara itu juga, penyelam turut berjaya membawa perakam data ke permukaan dengan kini memberikan tumpuan pada usaha mencari alat perakam suara kokpit di dasar laut yang penuh dengan bangkai pesawat Sriwijaya Air.


Sehingga pagi kelmarin, pasukan penyiasat telah mengenal pasti 24 mangsa nahas menerusi cap jari dan juga sampel DNA mangsa.


Sampel DNA mangsa yang terlibat adalah Okky Bisma, Khasanah, Fadly Satrianto, Asy Habul Yamin, Indah Halimah Putri, Agus Minarni dan juga Ricko.


Terdapat juga peninggalan jasad Ihsan Adhlan Hakim, Mia Trasetyani, Yohanes Suherdi, Pipit Priyono, Supianto, Toni Ismail, Dinda Amelia, Isti Yudha Prastika, Putri Wahyuni dan Rahmawati, Makrufatul Yeti, Rosi Wahyuni, Rizki Wahyuni, Nelly, Beben Sopian, Arifin Ilyas dan juga Arneta Fauzia.


Pesawat Sriwijaya Air Flight SJ182 iaitu dalam perjalanan penerbangan dari Jakarta ke Bandar Pontianak, Kalimantan, Indonesia pada 09 Januari 2021 (Sabtu) lalu pada jam 1540 petang apabila ia dipastikan telah terhempas di perairan di Kepulauan Seribu.


Pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta di Jakarta pada 1536 petang selepas pesawat tersebut tertangguh akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk berlepas, dan seharusnya berlepas pada jam 1435 petang itu.



@ Jackie San


<<< BACA LANJUT DI LINK >>>


https://www.jacknjillscute.com/2021/01/waris-mangsa-pesawat-sriwijaya-air.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/01/what-happened-to-victims-of-sriwijaya.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/01/poor-victims-of-sriwijaya-air-crash.html


https://www.jacknjillscute.com/2021/01/krew-penumpang-pesawat-sriwijaya-air.html

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/kerajaan-indonesia-gesa-waris-mangsa.html

    返信削除

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...