2021年1月10日日曜日

"" Krew & Penumpang Pesawat Sriwijaya Air Disahkan Maut Terhempas "



JAKARTA, INDONESIA 10 JANUARI 2021 :

Pesawat Komersial Sriwijaya Air milik Indonesia yang terputus hubungan selepas berlepas lebih kurang 4 minit dari Ibu Kota Jakarta, Indonesia terbang menuju ke Bandaraya Pontianak, Indonesia hari ini disahkan terhempas di Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, Indonesia, hari ini.


Ianya disahkan oleh Menteri Perhubungan Indonesia iaitu Budi Karya Sumadi dalam satu siaran langsung media menerusi webinar malam ini, dan beliau memaklumkan bahawa pesawat itu dipercayai terhempas di Sekitar Pulau Laki dan Pulau Lancang, di kawasan Perairan Kepulauan Seribu.


" Presiden ( Presiden Indonesia Joko Widodo ) memberikan arahan kepada kami untuk memaksimumkan upaya bagi tujuan pencarian mangsa dan bangkai pesawat, " kata Budi Karya.


Beliau turut memaklumkan bahawa pelbagai agensi dikerahkan bagi tujuan mencari dan menyelamat seperti Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) dan Tentera Indonesia turut terlibat dan sedang melakukan pencarian di perairan itu.


Sementara itu juga Deputi Operasi dan Kesiapsiagaan BASARNAS, Bambang Suryo Aji turut memaklumkan tumpuan pencarian adalah bagi mengesan titik koordinat di mana pesawat malang itu jatuh.


" Diharapkan pada malam ini iaitu 10 Januari 2021 (Ahad) semua agensi terlibat dapat mengesan titik lokasi pesawat malang itu jatuh terlebih dahulu dan usaha pencarian seterusnya akan disambung lagi keesokan harinya, " kata Bambang Suryo Aji.


Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 orang penumbang dan anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas melakukan perlepasan dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia pada jam 1436 petang waktu Indonesia Barat.


Kontak terakhir pesawat malang itu dengan menara kawalan udara adalah pada jam 1440 petang waktu Indonesia Timur.


Pesawat malang tersebut dijadualkan mendarat di Pontianak, Indonesia pada jam 1515 petang waktu Indonesia Timur (1645 waktu Indonesia Barat).


Sementara itu juga, Kementerian berwajib turut memaklumkan bahawa tiada rakyat Negara Malaysia di dalam pesawat malang berkenaan (Sriwijaya Air), yang mana pesawat malang berkenaan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.


Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Bandar Jakarta, Indonesia, pihak kedutaan telah dimaklumkan tiada warga negara Malaysia yang terbabit dalam pesawat dan nahas berkenaan.


Pesawat Jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia dan menuju ke Pontianak, Indonesia pada jam 1436 petang waktu Indonesia Barat.


Kontak terakhir pesawat tersebut dengan menara kawalan adalah pada jam 1440 petang waktu Indonesia Timur.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/krew-penumpang-pesawat-sriwijaya-air.html

    返信削除

Featured post

Akiyoshido Cave (秋芳洞, Akiyoshidō) Sightseeing Mode Summer Break

   https://youtu.be/cPJqWJOvoag?si=DNWCqX5_Ax3yiTH9 >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<