2021年1月22日金曜日

" Polis Sahkan Tiada Rakaman CCTV Kejadian Rogol Tahanan Lokap Di Miri "



" Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam tahanan lokap pada 09 Januari 2021 (Sabtu) bertempat di Balai Polis Miri, Sarawak."


KUCHING: Ketua Polis Sarawak percaya kejadian rogol yang membabitkan tahanan remaja perempuan di lokap Balai Polis Pusat Miri, Sarawak memang berlaku berdasarkan percakapan saksi kejadian.


Datuk Aidil Ismail (Pesuruhjaya Polis Sarawak) memaklumkan dan turut mengesahkan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan terperinci memandangkan kamera litar tertutup (CCTV) di lokap berkenaan hanya berfungsi untuk aktiviti pemantauan sahaja dan bukannya bagi tujuan merakam video.


" Kamera litar tertutup (CCTV) memang sedia ada di dalam bangunan balai dan lokap berkenaan, tetapi saya difahamkan tidak boleh merakam seperti video. Fungsi kamera litar tertutup sedia ada adalah hanya berfungsi sebagai monitor bagi tujuan pemantauan terhadap atau oleh pengawal yang bertugas pada masa tersebut. Saya juga telah mengarahkan pasukan khas bagi menyiasat kenapa perkara seperti ini boleh berlaku di premis atau bangunan kerajaan," katanya pada sidang akhbar pencapai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Sarawak bagi Tahun 2020.


Selain itu, beliau turut memaklumkan hasil siasatan terperinci akan diketahui pada minggu ini juga.


Beliau turut memaklumkan, berdasarkan kepada bukti - bukti percakapan daripada beberapa orang saksi kejadian, memang disahkan bahawa memang berlakunya kejadian rogol di dalam lokap berkenaan," katanya.


Senator Alan Ling Sie Kiong menerusi hantaran dalam akaun Facebook beliau Sabtu lalu ( 09 Januari 2021 ) telah mendedahkan bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Balai Polis Pusat Miri, mendakwa dirinya dirogol oleh tahanan lain semasa berada di dalam lokap di Balai Polis Pusat Miri pada 09 Januari 2021 (Sabtu).


Pesuruhjaya Polis Sarawak turut mengulas berkenaan kerja - kerja siasatan secara terperinci mengenai dakwaan tersebut termasuk kecuaian anggota polis yang bertugas turut diambil kira dan akan diambil tindakan sewajarnya.


Beliau turut mengulas berkenaan isu berkenaan kunci lokap serta tahanan lokap keluar masuk sesuka hati di dalam Balai Polis Pusat Miri yang amat mendukacitakan.


Dua anggota polis yang bertugas ketika kejadian itu turut digantung kerja serta - merta sementara siasatan sedang dijalankan.



@ Jackie San


<<< BACA LANJUT BERITA DI >>>

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/polis-sahkan-tiada-rakaman-cctv.html

    返信削除

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...