2021年1月24日日曜日

Sedih - Apa Sudah Jadi Dengan Mangsa Kluster Pasai, Sibu Sarawak ?



KLUSTER PASAI, SIBU PENYEBAB KES DI SARAWAK MELONJAK NAIK !


SIBU, SARAWAK :

Kluster Pasai, Sibu Sarawak adalah kluster terbesar setakat ini di Negeri Bumi Kenyalang (Sarawak) hasil dari penyebab seorang wanita yang menyembunyikan kepulangan dari luar negeri dan dianggap mementingkan diri sendiri PUNCA ke atas penyebaran wabak pandemik COVID -19 di kawasan sekitar terutamanya rumah panjang berdekatan di negeri ini.


Bukan itu sahaja, Kluster Pasai, Sibu Sarawak juga punca kepada penyebaran dan merebaknya punca POSITIF Wabak COVID -19 ke merata - rata tempat di seluruh Daerah di Negeri Sarawak dan telah menjadi punya beberapa Daerah di Negeri Bumi Kenyalang yang sebelum ini aman dengan Status Hijau bertukar kepada Status Zon Kuning, Zon Jingga dan kini ke Status Zon Merah yang begitu banyak sekali.


Selain itu juga, jumlah kes keseluruhan yang melibatkan Kluster Pasai, Sibu, Sarawak ini setakat 19 Januari 2021 (Selasa) adalah 754 kes dan dikhabarkan hampir melebihi 1,000 kes tercapai setakat ini.  Sejumlah 4,250 individu telah disaring COVID -19, di mana 2,500 keputusannya negatif dan terdapat 996 yang disaring masih menunggu keputusan makmal.


Setakat 19 Januari 2021 (Selasa), Kluster Pasai Sibu, Sarawak telah menyumbangkan 1 angka kematian terbaharu iaitu seorang lelaki berumur 55 tahun yang meninggal dunia akibat Positif COVID -19.


Sehingga 24 Januari 2021 (Ahad), Kes Positif COVID -19 berasal dari Kluster Pasai, Sibu, Sarawak dilihat dan yakin bahawa ianya akan terus melonjak naik dan tertinggi semenjak kewujudan Kluster tersebut bermula pada 08 Januari 2021 (Jumaat).


Rakyat Sarawak rata - rata mempersoalkan tanggungjawab serta integriti pegawai dan juga Kementerian Berwajib kerana kecuaian serta SOP yang sepatutnya diguna pakai tanpa pilih kasih sentiasa berubah dan tidak diguna pakai oleh seluruh Bahagian / Daerah di negeri Sarawak.


Dimaklumkan juga seperti di war - warkan di Media Sosial bahawa Bahagian Sibu, SOP untuk orang luar / warga negara yang berasal dari Sarawak untuk pulang ke tanahair / lokasi asal tidak perlu untuk Kuarantin di Hotel bahkan dibenarkan untuk Kuarantin di Rumah sahaja. Hasil daripada kelonggaran dan kecuaian pihak berwajib terutamanya tidak mematuhi SOP maka, mereka yang dibenarkan untuk kuarantin di rumah akan mudah bergerak, melanggar SOP yang ditetapkan serta tidak mustahil untuk keluar masuk pintu rumah tanpa adanya sistem yang diperketatkan dan memudahkan mereka untuk bergaul, menziarahi sanak saudara ataupun keluar masuk daerah, bahagian serta melakukan aktiviti yang tidak membosankan.


Mudah - Mudahan Hasil Dari Keputusan Serta Penyebaran Wabak COVID - 19 Dari Kluster Pasai, Sibu, Sarawak Ini Membuka Mata Pihak Berwajib Agar SOP Sedia Ada Dipatuhi Dan Jangan Pilih Kasih Walaupun Diri Anda Berpangkat Sebab Di Alam Kubur Kita Adalah Sama.


#KitaJagaKita

#SarawakNegeriAmanMakmur

#SarawakBebasCOVID-19



@ Jackie San


>>TERUS BACA KLUSTER PASAI SIONG, SIBU SARAWAK <<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/111-kes-kluster-pasai-kluster-siti.html




1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/sedih-apa-sudah-jadi-dengan-mangsa.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<