PAGES

2021年1月15日金曜日

" Waris Mangsa Pesawat Sriwijaya Air Tuntut Bukti Kukuh Kepada Kerajaan Indonesia "



JAKARTA INDONESIA :


Operasi mencari dan juga menyelamat dituntut oleh waris mangsa agar kerajaan Indonesia segera mencari dan mengesani mayat serta apa - apa bukti yang boleh dijadikan bahan bukti penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ182 yang terhempas pada Sabtu lalu.


Ia dimaklumkan oleh pihak kerajaan pemerintah Indonesia dan sehingga ke hari ini jumlah keseluruhan 15 beg berupa mayat telah ditempatkan di hospital setakat ini.


Seperti yang dinyatakan oleh Kompas TV Indonesia, kesemua mayat mangsa telah ditempatkan di Hospital Polri Jakarta Timur, Indonesia.


Perkhidmatan Ambulans sebagai pengangkutan utama bagi membantu membawa beg yang dipercayai berisi bukti serta mayat yang belum disahkan identitinya.


Mayat dan juga bahan bukti di bawa ke hospital bagi tujuan proses pengecaman bahan bukti/mayat dengan kaedah pengecaman padananan DNA waris mereka.


Pasukan SAR Indonesia yang ditugaskan untuk operasi pencarian Pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di Perairan Kepulauan Seribu, akhirnya telah berjaya menemukan serpihan pesawat dan juga enjin Sriwijaya Air termasuk barang penumpang serta pelbagai bentuk cebisan mayat penumpang. Ianya dilakukan pada malam Ahad, 10 Januari 2021.


Pesawat Komersial milik Indonesia iaitu Sriwijaya Air yang telah terputus hubungan selepas melakukan penerbangan dari Ibu Kota Jakarta Indonesia menuju ke Bandar Pontianak, Kalimantan, Indonesia dan disahkan terhempas di Perairan Kepulauan Seribu, Jakarta, Indonesia pada hari Sabtu, 09 Januari 2021.


Telah disahkan bahawa Pesawat Komersil tersebut terhempas di sekitar Pulau Laki dan juga Pulau Lancang, di kawasan perairan Kepulauan Seribu, Indonesia.


Seramai 62 orang penumpang serta anak kapal dan juga crew pesawat maut dalam kejadian Sriwijaya Air milik Indonesia terhempas dan tiada bukti bahawasanya badan manusia masih cukup sifat.



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/waris-mangsa-pesawat-sriwijaya-air.html

    返信削除