2021年2月13日土曜日

4 Cara Mudah Atasi Kekejangan Otot



Cara mudah atasi kekejangan otot

Kekejangan otot merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang yang aktif terutamanya bersukan. Dalam seumur hidup, seseorang itu mesti pernah merasai dan mengalami kekejangan otot kaki walaupun sekali dalam hidup.


Kekejangan otot ini selalunya akan terjadi secara tiba-tiba dan ia tidak mampu dikawal. Keadaan ini selalunya akan melibatkan otot bahagian betis dan selalunya pesakit akan terduduk kesakitan disebabkan kekejangan otot yang terjadi.


Akan tetapi, kekejangan otot yang berlaku juga boleh dan mungkin akan berlaku di bahagian lain tubuh badan seperti:


   a. Leher

   b. Abdomen

   c. Tangan

   d. Tapak Kaki


Yang lebih mustahak adalah ianya akan membuatkan seseorang itu terkejut apabila ia berlaku ketika seseorang itu tengah tidur. Selalunya pesakit akan meloncat daripada katil dan seterusnya memegang kaki yang mengalami kekejangan disebabkan masalah kekejangan otot yang berlaku.


Bagi otot kaki yang berfungsi dengan normal, ia memerlukan kuantiti mineral (air) yang sepatutnya di dalam tubuh badan. Apabila perkara ini terganggu, ia akan menggangu fungsi otot badan dan akan menyebabkan ia mengalami kekejangan akhirnya.


Beberapa punca kepada berlakunya kekejangan otot adalah seperti:


a. Masalah Peredaran Darah Pada Bahagian Kaki

Peredaran darah yang kurang pada bahagian kaki akan menyebabkan fungsi otot badan menjadi terganggu dan kaki pun akan mengalami kekejangan.


Masalah ini terjadi selalunya diakibatkan apabila berlakunya pada seseorang itu apabila dalam keadaan duduk dan dalam keadaan posisi kakinya terlipat. Ini akan menyebabkan saluran darah terhimpit dan aliran darah akan berkurangan.


Selain daripada itu juga, penyakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis juga boleh menyebabkan saluran darah akan menjadi sempit.


b. Dehidrasi

Seseorang yang mengalami masalah seperti muntah - muntah dan juga cirit - birit akan lebih terdedah dengan masalah kekeringan (dehidrasi). Bahkan masalah tersebut juga akan menyebabkan jumlah mineral dalam badan seseorang itu menjadi tidak normal.


Perkara ini akan menganggu penghantaran maklumat pada bahagian otot badan kita. Ini akan seterusnya menyebabkan otot akan menjadi lebih mudah untuk mengalami kekejangan berbanding tahap biasa.


c. Kecederaan Otot Badan

Otot yang cedera boleh menyebabkan kecelaruan pada saraf otot badan tersebut dan ianya mengakibatkan kekejangan pada bahagian kaki.


Terdapat juga beberapa faktor risiko yang seseorang itu mudah mengalami masalah kekejangan pada bahagian kaki. Faktor tersebut berlaku akibat dari:


   a. Berlebihan minuman alkohol

   b. Mengandung

   c. Hipotiroid

   d. Masalah buang pinggang/buah pinggang rosak


Perlu diketahui juga bahawa, majoriti daripada maslaah kaki kejang ini berlaku secara tiba-tiba tanpa apa - apa punca yang berbahaya. Ianya boleh menjadi baik dengan sendirinya tanpa memerlukan rawatan ataupun ujian bagi mengetahui punca kepada masalah tersebut.


Tetapi jika ianya berlaku dengan kerap, adalah dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor atau pakar.


d. Aktiviti Senaman Yang Berlebihan

Ketika seseorang melakukan senaman, peluh akan dihasilkan dengan tujuan bagi menyejukkan badan kita. Bahkan ia juga akan keluar sekali dengan garam mineral daripada dalam tubuh badan. 


Garam seperti sodium merupakan salah satu unsur utama bagi penghantaran maklumat melalui saraf di dalam tubuh badan. Ia juga merupakan salah satu garam yang akan disingkirkan melalui berlakunya peluh.


Apabila seseorang itu bersenam dan kemudian meminum air kosong (mineral), ia akan menyebabkan kepekatan sodium dalam darah akan berkurangan dan juga mengganggu fungsi pada saraf. Disebabkan perkara ini, otot tidak boleh dikawal dan juga akan mengalami kekejangan otot.


Lakukan Ujian Pemeriksaan Segera 

Seperti sedia maklum, masalah kekejangan pada bahagian kaki selalunya bukanlah sesuatu yang bahaya dan kerap kali ia akan baik dengan sendirinya. Anda hanya perlu risau jika masalah tersebut berlaku secara kerap ataupun lebih buruk berbanding biasa. Pesakit dinasihatkan untuk pergi ke klinik untuk mendapatkan segera pemeriksaan yang selanjutnya bagi mengesan sebarang masalah yang kita hadapi ataupun pesakit hidapi.


Di bawah ini diterangkan dan dikongsikan beberapa ujian yang boleh dibuat untuk mengesan masalah pesakit seawal mungkin seperti:


a. Ujian Fungsi Buah Pinggang (Renal Profile) :

Buah pinggang berfungsi untuk mengawal kandungan mineral di dalam tubuh badan kita. Jika ia tidak berfungsi dengan normal, kandungan mineral dalam tubuh badan mungkin akan menjadi tidak normal dan boleh menyebabkan kekejangan otot akan berlaku.,


b. Bacaan Kalsium & Kalium Dalam Darah :

Kalsium diperlukan untuk pengecutan otot dan kalium pula diperlukan bagi penghantaran maklumat melalui saraf. Jika kandungannya berubah di dalam badan, seseorang itu mungkin akan mengalami kekejangan pada otot badang.


c. Ujian Kehamilan


d. Fungsi Kalenjar Tiroid


Bagaimana Cara Untuk Menghentikan Kekejangan Otot Badan ?

Apabila seseorang itu mengalami kekejangan otot badan, selalunya dia mesti akan di dalam keadaan panik dan tidak tahu untuk berbuat apa - apa. Tetapi terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menghentikan kekejangan otot badan tersebut.


Cara mudah yang boleh dilakukan jika berlakunya kekejangan otot badan tersebut tidak melibatkan simptom - simptom yang lain. Tetapi jika ianya melibatkan simptom yang lain sepeti kerosakan buah pinggang, simptom hipotiroid dan juga sebagainya, pesakit adalah dinasihatkan untuk terus berjumpa pakar dan juga doktor.


Caranya seperti :


a. Lawan Otot Yang Sedang Tegang @ Regangkan Otot Tersebut

Jika anda secara tiba - tiba diserang kekejangan otot kaki, apa yang anda boleh buat adalah anda perlu meregangkan otot tersebut. Contoh jika otot di tapak kaki anda sedang kejang, anda perlu tarik jari tapak kaki dengan kuat supaya otot tapak kaki yang kejang itu meregang. Cara tersebut selalunya amat berkesan jika kekejangan otot kaki bukan disebabkan perkara yang serius.


Jika kekejangan itu pada bahagian betis pula pun sama, tarik tapak kaki anda ke atas untuk meregangkan otot pada betis tersebut.


b. Minum Mineral (Air) Garam ' Oral rehydration Salt (ORS)"

Jika anda berlebihan bersenam dan mengalami kekejangan otot selepas itu, anda boleh mengambil garam ORS untuk memberhentikan kekejangan tersebut. Selalunya kekejangan jenis ini tidak berhenti dengan hanya meregangkan otot tersebut.


Dan ia berlaku disebabkan ketidakseimbangan mineral di dalam tubuh badan disebabkan individu tersebut berpeluh secara berlebihan.  Oleh yang demikian, pengambilan garam ORS yang mengandungi pelbagai mineral (air) untuk badan akan menyebabkan kekejangan otot itu akan berhenti.


c. Ambil Ais

Pesakit boleh menggunakan ais untuk mengurangkan kesakitan selepas berlakunya kekejangan otot badan.


 d. Pengambilan Ubat Tahan Sakit

Jika pesakit masih sakit selepas daripada itu, pesakit boleh mengambil ubat tahan sakit yang boleh didapati di klinik dan juga farmasi.


Bagaimana Cara Untuk Elak Kekejangan Otot ?

Masalah yang sering berlaku kepada atlit ataupun yang aktif adalah masalah kekejangan pada bahagian kaki. Ianya sering datang tanpa kita undang. Akan tetapi, kita boleh mengamalkan beberapa tips mudah untuk mengelakkan diri daripada berlakunya masalah tersebut. Ia dikongsikan di bawah ini:


a. Sentiasa mengambil air mineral yang mencukupi terutamanya jika melakukan ataupun sedang bersenam.


b. Cuba elakkan memakan atau minuman yang boleh menyebabkan dehidrasi lebih mudah berlaku seperti coklat dan juga kopi terutamanya ketika anda bersenam. Ini kerana dua makanan ini akan menyebabkan seseorang itu lebih banyak membuang air kecil daripada biasa.


c. Bagi yang mengalami muntah dan juga cirit - birit yang teruk, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada pakar ataupun doktor. Ini bagi mengelakkan daripada berlaku secara berterusan akibat dehidrasi. Boleh juga mengambil garam ORS untuk menghidrat diri dan seterusnya mengelakkan diri daripada terkena masalah kekejangan otot kaki.


d. Lakukan senaman yang berperingkat bagi mengelakkan kecederaan pada bahagian otot. 


>>> TIPS KESIHATAN DI SINI <<<





@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/4-cara-mudah-atasi-kekejangan-otot.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<