Kecerderaan Sukan Yang Sering Berlaku Jika Tersilap Langkah Kepada Seorang Atlit Adalah 'Strains' & 'Sprains'
Apakah itu 'Sprains' dan 'Strains' dalam yang sering atlit hadapi dan mencederaakn. Tapi adakah kita ketahui apa maksud istilah 'Sprains' & 'Strains' sebenarnya ?
'Sprains' Bermaksud : Kecederaan yang berlaku pada ligament, iaitu tisu yang menyambung bahagian tulang dan juga akan membentuk sendi.
- Ligament yang regang melebihi limitnya boleh menyebabkan tisu ligament seseorang berubah bentuknya atau boleh terkoyak.
'Strains' Bermaksud : Ianya melibatkan tisu otot ataupun bahagian tendon.
- Otot yang regang melebihi julat pergerakannya ataupun terlebih guna (overuse) dan ianya boleh menyebabkan fiber otot ataupun tendon seseorang terkoyak.
Apakah Langkah Yang Boleh Mencegah Berlakunya Kecederaan Ketika Bersukan ?
Kecederaan ketika seseorang bersukan kadang kala diluar kawalan kita amnya.
Ianya boleh berlaku tanpa diduga. Setiap senaman yang kita lakukan perlu dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan. Tidak perlu senaman yang keras tetapi lakukan lah aktiviti pemanasan badan yang ringkas dari bahagian kepala hinggalah ke bahagian kaki.
Keutamaan pemanasan badan bagi mengelakkan kecederaan pada otot badan adalah lebih baik daripada terkena kelak. Ia akan memudaratkan seseorang bukan seminggu tetapi kemungkinan bertahun lamanya seseorang itu mengalami kesakitan dan akhirnya tidak boleh bersukan lagi.
Apabila melakukan aktiviti pemanasan badan bukan saja boleh membantu meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otot - otot badan kita bahkan ianya boleh membantu menjadikan otot - otot kita lebih fleksibel dan juga akhirnya serta paling penting mengurangkan risiko kecederaan otot badan.
Selain itu, kecederaan yang disebabkan penggunaan berlebihan (overuse injuries) juga semestinya dapat dielakkan.
Jika kita sudah lama berhenti melakukan apa - apa sukan ataupun baru berjinak - jinak untuk melakukan sesuatu sukan baru, kita boleh melakukan latihan awal ataupun persiapa awal bagi membenarkan kumpulan otot badan yang terlibat bersedia sebelum memulakan sukan tersebut.
Jika kita mula merasa letih ketika melakukan senaman, berhentilah seketika dengan senaman tersebut. Hal ini disebabkan kemungkinan otot badan keletihan dan ianya boleh meningkatkan risiko untuk otot badan tercedera. Berehatlah sebentar selepas melakukan sesuatu senaman.
Apakah Langkah Yang Boleh Merawat Jika Cedera Ketika Bersukan ?
Kecederaan sukan yang ringan ataupun sederhana, selalunya akan berlaku sedikit kerosakan pada struktur tisu yang terlibat dan ia dapat juga dirawat dengan menggunakan protokol PRICE.
Apakah Kecederaan Yang Sering Berlaku Ketika Bersukan ?
1#Ankle Sprain
a. Ankle Sprain - Adalah keadaan yang sering berlaku apabila kaki terseliuh.
"Apabila kaki terseliuh, ligament di kawasan luar sendi buku lali akan meregang & ia mungkin terkoyak."
b. Ankle Sprain - Adalah kecederaan yang serign berulang di kalangan ahli sukan.
"Penting untuk kita melakukan senaman bagi memanaskan badan serta yang lebih penting bagi menguatkan sendi buku lali supaya ia tidak hilang fleksibiliti dan juga kekuatan."
" Kita juga boleh mendapatkan nasihat ahi fisioterapi bagi membantu melakukan senaman yang bersesuaian."
2# Hamstring Strain
Hamstring Strain - Adalah keadaan di mana terjadinya pada otot belakang bahagian paha seseorang terlebih regang.
" Otot ini mengambil masa lebih kurang 6 - 12 bulan untuk sembuh seperti sedia kala. Kecederaan semula pada otot ini biasa terjadi jika tersilap langkah.
3# Groin Pull
Groin Pull - Keadaan yang terjadi apabila kita banyak melakukan pergerakan yang memerlukan untuk bergerak ke kiri dan juga ke kanan seperti sukan bola sepak, hockey dan juga baseball. Sukan ini amnya banyak menggunakan otot badan kita dan juga bahagian dalam paha.
" Seseorang boleh meletakkan ais dan juga merehatkan kawasan yang mengalami kecederaan. Sekiranya rehat tidak mencukupi dan segera melakukan kembali sukan tersebut akan mengakibatkan kesan jangka masa panjang.
4# Shin Splints
Shin Splint - Adalah keadaan di mana seseorang merasa sakit pada bahagian tulang kering.
" Ia sering terjadi jika seseorang pelari jarak jauh."
"Rehat, ais dan juga pengambilan ubat tahan sakit boleh membantu dengan cepat merawat kesakitan akibat Shin Splint."
" Sekiranya perlu segeralah untuk mendapatkan rawatan doktor jika rasa sakit pada bahagian tulang kering berterusan walaupun seseorang pesakit dalam keadaan rehat."
5# Kecederaan Lutut : ACL Koyak
Ligament ACL - Adalah keadaan di mana seseorang itu memegang tulang lutut supaya kekal stabil. Pergerakan yang tiba - tiab dan juga berhenti secara tiba - tiba boleh menyebabkan tisu ini meregang ataupun keadaan yang lebih buruk terkoyak.
" Jika kita mendengan bunyi "pop" ligament kemungkinan terkoyak sepenuhnya."
" Kecederaan ACL yang teruk selalunya memerlukan prosedur pembedahan jika kita masih mahu aktif dan meneruskan aktiviti bersukan."
"Selepas pembedahan dilakukan, kita perlu mendapatkan rehabilitasi daripada ahli fisioterapi sebelum meneruskan ataupun kembali aktif bersukan." Ini adalah jalan terbaik.
6# Kecederaan Lutut : Patellofemoral Syndrome
Patellafemoral Syndrome - Boleh berlaku hasil daripada pergerakan berulang antara tulang lutut dan juga tulang paha kita.
" Apabila tulang ini bergesel antara satu sama lain tisu di bawah tulang lutut kita akan rosak dan boleh menyebabkan lutut menjadi sakit."
" Masalah patellafemoral syndrome boleh mengambil masa sepanjang 6 minggu untuk sembuh sepenuhnya."
" Penting untuk kita melakukan senaman berintensiti rendah dalam waktu ini."
" Banyak lakukan senaman menggunakan otot paha supaya ianya membantu mengurangkan sakit lutut.
7# Tennis Elbow (Epicondylitis)
Tennis Elbow - Adalah keadaan yang berlaku diakibatkan oleh penggunaan berulang sendi siku. Sebagai contoh sukan yang menggunakan raket seperti squash, tenis dan juga badminton.
" Sukan ini semestinya memerlukan pergerakan berulang dan juga boleh menyebabkan tendon siku seseorang iritasi dan juga koyak."
"Rawatan terbaik adalah merehatkan siku daripada melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan iritasinya."
" Sejujurnya lebih baik untuk mendapatkan bantuan daripada ahli fisoterapi bagi mengurangkan rasa sakit siku dan juga menguatkan otot sekitarnya."
Apakah Itu PRICE ?
PRICE - Adalah protokol yang biasanya digunakan bagi merawat kecederaan bersukan.
" Bengkak merupakan tindak balas normal apabila berlaku sesuatu kecederaan."
" Bengkak yang berlebihan boleh menggangu pergerakan dan juga proses penyembuhan."
" Protokol PRICE boleh membantu bagi mengurangkan bengkak dan juga mempercepatkan proses penyembuhan."
P - 'Protect' atau lindungi daripada kecederaan. Jika mengalami kecederaan yang teruk, lindungi kawasan yang cedera dengan splint, pad ataupun tongkat (crutches).
R - 'Restrict Activity' atau kurangkan aktiviti yang boleh menambah kecederaan pada kecederaan yang ada.
I - 'Ice'. Letak ais pada kawasan yang tercedera. Ais boleh bertindak sebagai anti keradangan. Gunakan teknik ini selama 20 minit setiap satu atau dua jam dalam 48 jam pertama selepas kecederaan. Jangan gunakan minyak atau krim panas pada waktu ini kerana ia akan menggalakkan proses keradangan dan juga bengkak.
C - ' Compression'. Gunakan 'bandage' dan juga balutkan pada kawasan yang cedera bagi mengurangkan bengkak.
E - ' Elevate ' atau tinggikan kawasan yang tercedera. Kawasan yang cedera perlu ditinggikan melebihi paras jantung bagi mengurangkan bengkak.
Ubat tahan sakit selalunya dapat mengurangkan rasa sakit bagi kecederaan sukan yang biasa sahaja. Jika ia tidak berhasil, mungkin seseorang pesakit perlu berjumpa dengan doktor atau pakar.
Perlu diingat bahawa keperluan mendapatkan rawatan doktor atau pakar jika kecederaan yang serius seperti:
a. Perubahan bentuk pada struktur sendi atau pada tulang yang terlibat.
b. Seseorang pesakit tidak dapat menampung berat badan atau menggunakan anggota badan yang cedera seperti biasa.
c. Bengkak yang berlebihan.
d. Perubahan pada warna kulit bahagian sakit.
e. Ia tidak bertambah baik selepas menggunakan protokol PRICE selepas beberapa hari.
@ Jackie San
https://www.jacknjillscute.com/2021/02/apakah-kecederaan-sukan-yang-sering.html
返信削除