2021年2月27日土曜日

Kes Kematian Akibat Vaksin COVID - 19 Isu Panas



Gempar Di Seluruh Dunia...

Golongan yang ura - uranya menolak vaksin yang kononnya mengaitkan kes kematian subjek ke atas kajian Vaksin COVID -19 dari Prizer. 


Sesungguhnya ramai pula yang mempertikaikan mereka ini. Yang menjadi persoalan adalah mereka yang membuat pertikaian itu tidak membaca dengan teliti berkenaan laporan yang tular di media dan surat khabar.


Setakat 24 Februari 2021 ( Rabu), terdapat enam (6) kematian telah berlaku:


a). Dua (2) dari kalangan yang menerima Vaksin COVID - 19,

b). Empat (4) dari kalangan yang tidak menerima Vaksin COVID - 19.


Disebabkan itu, ada kumpulan kawalan dalam kajian klinikal. Bagi memastikan keputusannya adil. Empat (4) kes kematian adalah dari Kumpulan Plasebo (Kumpulan yang tidak menerima Vaksin COVID - 19). Dua (2) dari Kumpulan Vaksin COVID - 19. Siasatan terhadap punca kematian adalah berkaitan dengan serangan penyakit jantung dan juga Atherosclerosis (iaitu juga berkaitan jenis serangan jantung terhadap mangsa tersebut). Jarak kematian adalah amat jauh dari jangka masa beliau (mangsa) menjalankan aktiviti mencucuk suntikan Vaksin COVID - 19. Tetapi kes masih dalam siasatan dan kajian.


Inilah yang dinamakan kaedah kajian, iaitu case control study. Bermaksud siapa yang didedahkan dengan virus, empat (4) orang yang tidak menerima vaksin meninggal dunia berbanding dengan penerima vaksin. Analisis lanjut turut mendapati, kematian dua (2) orang itu bukan punca secara langsung dari Vaksin COVID - 19, tetapi penyaki serangan jantung dan juga Atherosclerosis (salur darah mengeras) yang mereka hadapi. Ini dinamakan temporal relationship. Namun ianya akan dicatat dalam laporan, inilah ketelusan dalam menjalankan ujian dan kajian. Tetapi ada sahaja anti-vaksin yang tidak mahu terima penjelasan, mereka mengatakan yang mati disebabkan oleh COVID -19 itu sengaja direka. Sebenarnya mereka memang mempunyai penyakit dan dibuat uji kaji serta kajian terperinci. 


Kita sebagai manusia biasa harus ingat bahawa, kajian klinikal setiap ubat termasuk juga Vaksin ada etikanya, metodologi dan juga protokol tersendiri. Semuanya akan dicatat (berkaitan data) walau apa peristiwa yang berlaku sekali pun. Jika benar ianya disebabkan vaksin, maka ianya dicatat dan akan dianalisa dengan telus. Jika benar - benar ianya berbahaya melebihi kepentingan penggunaan vaksin, ianya wajib dihentikan segera program vaksinasi.


Persoalannya: Kenapa Vaksin yang sudah lama dalam jadual Imunisasi Kebangsaan kita itu kenapa sehingga kini tak mahu dicucuk ????

Semuanya itu telah pun berpuluh - puluh tahun dalam pasaran dan sudah jelas berjaya melindungi anak - anak kita dari penyakit - penyakit berbahaya. Setiap tahun 8 juta dos vaksin digunakan di Negara Malaysia (Tercinta ini), tiada timbul sekalipun masalah.


Persoalan lagi: Produk kesihatan yang anti-vaksin dijual dan sudah jelas melepasi kajian hakiki ke tak? Kenapa kita sebagai pengguna sanggup untuk membeli dan menggunakannya ???Tak terfikir akibatnya kelak ker????


Sungguh Bodoh Sebenarnya...


Tepuk Dada Jawablah Sendiri Jika Anda Yang Mempersoalkannya Bijak Sangat Dan Terpelajar Kononnya !!!



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kes-kematian-akibat-vaksin-covid-19-isu.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<