PAGES

2021年3月18日木曜日

3 Penyebab Bau Kentut Anda Tidak Sedap Baunya !



Ketahui kah Anda bahawa tabiat mengeluarkan gas (kentut) lebih glamor sebutan di kalangan kita adalah merupakan hal yang menjadi perkataan ekstrem bagi sesetengah orang. Untuk manusia yang sihat, tabiat membuang gas (kentut) beberapa kali dalam tempoh sehari sama ada kentut yang menghasilkan bau ataupun hanya sekadar bunyi (tidak berbau).

 

Tahukah anda kenapa kentut yang dihasilkan dan berbunyi agak kuat itu berbeza dan hasil baunya tidak sedap ???

 

Untuk makluman semua, bau kentut yang dihasilkan oleh seseorang itu sebenarnya amat berbeza bergantung kepada beberapa faktor yang akan dikongsikan nanti. Harus juga kita fikirkan dan kita perlu ingat bahawa kekadang kentut yang dihasilkan itu adakah ianya berbahaya ataupun tidak. 

 

Dikongsikan di sini apakah perkara yang mempengaruhi bau kentut yang terhasil !

 

a. Faktor Makanan

Faktor makanan adalah sememangnya suatu perkara yang tidak dinafikan lagi yang boleh mempengaruhi bau yang terhasil dari kentut. Kebiasaannya, ia disebabkan tindakbalas laktosa dan juga glutagen di dalam perut. Keadaan ini terjadi diakibatkan oleh tubuh badan seseorang itu tidak mampu untuk memecahkan laktosa dan juga glutagen.

 

b. Makanan Tinggi Seratnya

Faktor seterusnya adalah disebabkan oleh makanan yang mengandungi serat yang tinggi gagal dicerna dengan baik. Makanan yang dimakan dan gagal diproses ataupun dicerna di dalam perut akan terkumpul lama dan menyebabkan makanan tersebut umpama berlakunya fermentasi ataupun akan rosak berada di dalam perut seseorang dalam saluran pencernaan.


Ianya seakan tidak dapat diproses dan berkemungkinan akan berada terlalu lama di dalam kantong perut ataupun usus dan akan akhirnya menyebabkan penghasilan kentut yang amat busuk (tidak sedap). Contoh makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti bawang putih, kubis, asparagus dan juga brokoli.


c. Pengambilan Ubat

Faktor seterusnya disebabkan oleh pengambilan ubat - ubatan yang boleh menghasilkan bau gas kentut yang busuk. Sebagai contoh pengambilan antibiotik (ab).


Sebenarnya, antibiotik boleh membunuh microorganisma seperti bakteria baik yang berada di dalam perut manusia, dan ianya boleh juga mengganggu proses pencernaan di dalam tubuh badan (perut). Hal sedemikian akhirnya akan menyebabkan ketidakseimbangan pada saluran pencernaan manusia dan akhirnya akan menyebabkan bau yang amat tidak sedap.



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/3-penyebab-bau-kentut-anda-tidak-sedap.html

    返信削除