PAGES

2021年3月31日水曜日

Jangan Terlalu Leka Dengan Pandemik COVID -19 - Bank Negara Beri Amaran



KUALA LUMPUR :

Bank Negara Malaysia beri amaran berkaitan sebarang kelekaan dalam menangani pandemik boleh mengakibatkan penularan semula COVID -19 virus dan juga seterusnya akan mendorong penguatkuasaan semula langkah semestinya bagi pembendungan yang boleh dianggap diperketatkan kelak, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.


Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa wujud ketidakpastikan yang ketara mengenai evolusi dan juga trajektori pandemik biarpun pada ketikan ini ekonomi telah muda menunjukkan tanda-tanda proses pemulihan telah berlaku dan juga program imunisasi vaksin COVID -19 sedang rancak dilaksanakan di seluruh negara bagi membendung penyebaran pandemik tersebut.


Setelah setahun (2020) pandemik melanda seluruh dunia, situasi krisis paling teruk juga sudah kita lihat di mata kita sendiri. Namun begitu, terlalu banyak cabaran dunia yang harus kita sama - sama tempuhi bagi kelangsungan hidup ini demi masa hadapan generasi kita dan akan datang. Marilah kita sama - sama bersatu hati, bekerjasama tanpa memilih pangkat, bangsa dan agama kerana muafakat semestinya membawa keberkatan kepada seluruh masyarakat di Malaysia.


Aamiin.



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/jangan-terlalu-leka-dengan-pandemik.html

    返信削除