2021年3月15日月曜日

Kenapa Kita Perlu Isytihar Harta ?



Kenapa Perlu Isytiharkan Harta Kita ?


Pengisytiharan harta yang dibuat perlu betul dan semestinya telus. 


Tujuan utama Perisytiharan Harta ini dibuat adalah bagi memastikan setiap staf Penjawat Awam berintegriti dan juga bagi menyekat budaya rasuah yang dikaitkan dengan kakitangan kerajaan terutamanya agensi seperti penguatkuasaan (polis, imigresen, kastam, askar, bomba) seperti yang kecoh di media sosial baru - baru ini. Selain itu juga, ia juga bagi memastikan Penjawat Awam tidak berada dlaam keterhutangan yang serius.


Kerajaan perlu menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pengisytiharan harta dalam kalangan penjawat awam terutamanya yang membabitkan agensi penguatkuasaan. " Sekiranya SOP pengisytiharan harta dilakukan dengan telus dan disemak dengan betul oleh Unit Integriti, kita boleh menanggani isu rasuah."


Apakah Kesilapan Yang Sering Kita Lakukan Dalam Membuat Pengisytiharan Harta ?


1. Tidak menyatakan pendapatan pasangan (jika sudah berkahwin).

2. Tidak menyenaraikan harta milik pasangan seperti rumah/kenderaan (dalam pinjaman/tanggungan pasangan ada potongan rumah/kenderaan).

3. Tidak menyenaraikan harta yang telah selesai dibayar (contoh : rumah, kenderaan).

4. Tidak melengkapkan punca - punca kewangan bagi memiliki harta.

5. Tidak memuatnaik dokumen sokongan yang diperlukan.

6. Tidak meletakkan lampiran pendapatan pasangan, harta dan tanggungan.


Bagaimana Mengira Peratus Keterhutangan Sebenarnya ?

(Jumlah Pinjaman / Tanggungan Staf (Terkini & Telah Diluluskan) + Jumlah Potongan Slip Gaji)

___________________ X 100

(Jumlah Pendapatan + Pendapatan Tambahan)


Penjawat awam boleh menyemak kadar keterhutangan menerusi formula seperti di atas bagi mengelakkan diri dari dikategorikan mempunyai kadar keberhutangan tinggi dan juga serius. Isu ini perlu diambil berat kerana desakan kekurangan kewangan ini boleh menyebabkan berlakunya ketirisan dari segi integriti sehingga mendorong ke arah gejala rasuah sebenarnya.


Amalan rasuah membabitkan segelintir pegawai dan kakitangan awam perlu dibendung segera bagi mengelak kepercayaan dan juga integriti kepada penjawat awam tidak terhakis.



@ Jackie San


0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<