PAGES

2021年3月2日火曜日

Muka Bengkak Selepas Disuntik Vaksin COVID - 19 - Indonesia



JAKARTA, INDONESIA : 

Isu panas yang melanda seluruh dunia ketika ini adalah proses pemberian vaksin COVID -19 yang dilaksanakan bukan sahaja di Negara kita (Malaysia) tetapi juga serentak di seluruh dunia. Malah tidak terkecuali panas isu sedemikian di Negara jiran iaitu Indonesia. 


Proses pemberian vaksin COVID -19 sudah dilaksanakan di peringkat kedua di Seluruh Negara Indonesia amnya. Segelintir rakyat Indonesia menyatakan perasaan ghairah dan teruja selepas menerima suntikan vaksin tersebut. 


Selain itu juga, terdapat beberapa orang seperti yang dilaporkan di media sosial serta berita televisyen menyatakan rasa tidak puashati berkenaan vaksin yang telah disuntik kepada mereka.


Ada segelintir rakyat Indonesia yang menyatakan bahawa mereka mengantuk bahkan selain itu berasa mual selepas menerima vaksin COVID-19.  Bukan itu sahaja, terdapat berita yang menyatakan seorang jurnalis Indonesia Jawa Pos TV< Dean Cahyani telah dikejarkan ke Hospital (rumah sakit) selepas disuntik vaksin COVID - 19.


Selepas sahaja menerima vaksin COVID -19, pesakit telah dihantar ke rumah sakit (Hospital) akibat dari kesan sampingan vaksin COVID -19 yang menyebabkan bahagian mata dan juga mulutnya membengkak. Ianya disahkan oleh Juru Bicara Satuan Tugas (Satgas) COVID -19, Wiku Adisasmito yang memaklumkan kemungkinan ianya disebabkan oleh alergi ke atas vaksin tersebut.


" Bisa jadi (alergi). Makanya waktu pertama, saat ditanya, harus diungkapkan semua masalahnya, kesehatan yang ditanyakan, tekanan darah, pernah sakit atau enggak, minum obat atau tidak dan seterusnya, itu harus diberitahu," kata Wiku kepada wartawan di Gedung Graha BNPB, Jumat (26/2/2021).


" Sebelum menerima suntikan vaksin, seseorang itu harus memaklumkan kepada jururawat atau doktor yang bertugas dengan memberikan maklumat yang betul demi kesihatan seperti mengisytiharkan pengambilan ubat, sebelum suntikan pernah mengalami apa - apa sakit, pembedahan dan isu alergi kepada ubat/vaksin," seperti kenyataan Wiku kepada Wartawan bertarikh 26 Februari 2021 (Jumaat).


Maklumat yang diberikan sebelum suntikan vaksin adalah penting kerana ianya adalah prosedur biasa agar penerima vaksin COVID -19 selamat dan tidak memudaratkan. Ianya juga akan memberikan maklumat berkaitan si penerima layak menerima vaksin pada situasi semasa ataupun tidak.



@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/muka-bengkak-selepas-disuntik-vaksin.html

    返信削除