2021年4月13日火曜日

POSITIF COVID-19 KES MENINGKAT : NETIZEN SALAHKAN KERAJAAN PENTINGKAN POLITIK



PETALING JAYA, SELANGOR:

Dua (2) Kumpulan perubatan mengaitkan peningkatan kes COVID - 19 baru - baru ini di negara kita adalah diakibatkan kegagalan kerajaan melaksanakan prosedur terbaik sebelum ini iaitu prosedur kuarantin secara ketat ke atas mereka yang pulang ke tanah air terutamanya dari kawasan berisiko tinggi.

 

Jurucakap Persatuan Perubatan Malaysia (MMA0 dan Pusat Galen Untuk Dasar Kesihatan dan Sosial berkata kuarantin 14 hari seharusnya diwajibkan tanpa mengira keputusan ujian awal, pangkat mahupun golonga VVIP, artis dan atas dasar politik sekalipun, dengan mereka yang pulang diuji kali ke-2 pada hari ke-13. Prosedur sedemikian sama seperti prosedur ketibaan antarabangsa.

 

Mereka turut menyentuh berkenaan, kegagalan untuk kuarantin diburukkan lagi dengan kegagalan pengamalan penjarakkan sosial secara fizikal, penggunaan pelitup muka dan juga pematuhan SOP sedia ada seperti yang diperketatkan oleh KKM.

 

Baru - baru ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzli turut mengkritik keputusan tidak mewajibkan kuarantin ke atas mereka yang baru pulang dari Negeri Sabah sebelum 27 September 2020 yang lalu dan, kemudian negara membenarkan mereka lepas dan juga tanpa sebarang sekatan pergerakan sementara selepas hanya sekali keputusan ujian mereka negatif.

 

Dalam perutusan khas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakui kempen bagi Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) antara punca buruk bagi peningkatan Kes COVID -19 di negara ini terdahulu.

 

Dr Subramaniam Muniandy iaitu Presiden MMA, turut mengkritik kerajaan dilihat lambat bertindak terhadap risiko yang dibawa mereka yang pulang ke tanah air terutamanya dari Negeri Sabah semasa berkempen PRN Sabah yang lepas terutamanya yang berkunjung dari luar negeri Sabah yang membawa bala ke seluruh negara.

 

" Ujian mandatori dan juga kuarantin bagi mereka yang pulang sepatutnya dibuat lebih awal kerana orang ramai membuat perjalanan ke daerah yang terjejas seperti di Negeri Sabah pada hari-hari menuju PRN," katanya kepada FMT.

 

Dalam pada itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen Azrul Khalib turut memaklumkan bahawa membuat keputusan seperti itu bukan sesuatu yang menyukarkan.

 

" Kuarantin kendiri selama 14 hari akan memberikan kebaikan kepada semua dalam membendung penyebaran jangkitan wabak COVID-19, terutama bagi ahli politik yang berjumpa dan berinteraksi dengan orang ramai berbanding masyarakat biasa," ujarnya.

 

Azrul juga turut memberi pandangan berkaitan aktiviti pilihan raya ketika wabak berisiko tetapi menambah kebimbangan tersebut sebenarnya dilihat boleh dikurangkan ataupun disekat sekiranya ianya diurus dengan baik dan adanya sikap #kitajagakita di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

 

Subramaniam turut berkata, kurangnya pematuhan SOP yang diterima ramai wajar disalahkan kerana peningkatan kes baharu ketika ini.

 

Tidak guna sebagai contoh dahulunya Malaysia dikatakan di antara negara yang berjaya menanggani kes COVID-19 dunia tetapi kini, tidak segan dikatakan bahawa Malaysia rupanya Sudah Kalah!!!

 

" Kementerian Kesihatan berulang kali mengingatkan masyarakat tentang pentingnya mematuhi SOP, tetapi nampaknya mereka yang membuta tuli terutama sebagai contoh golongan kayangan "POLITIK" yang lebih mementingkan politik untuk berkempen...mempergunakan suntikan kekuatan vaksin yang mereka telah diterima untuk berkempen bagi memenuhi undi dunia mereka.

 

Golongan ini amat kejam kerana tidak memikirkan kesihatan rakyat jelata ".

 

Dr Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia, bagaimanapun, berkata seorang tidak boleh menyalahkan prosedur kuarantin yang lemah tanpa bukti untuk menyokong dakwaan seperti itu.

 

Katanya lagi, kemungkinan mereka yang membuat keputusan (adakan pilihan raya) melihat corak penyebaran dan juga jangkitan. Mungkin itu nasihat yang diberikan kepada mereka, tambahnya lagi.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa FMT, seseorang tidak boleh pastikan sama ada peningkatan kes COVID-19 itu disebabkan oleh prosedur kuarantin yang lemah.

 

Namun begitu, ahli politik perlu memimpin dengan menunjukkan teladan yang baik kepada umum dan bukannya pentingkan diri dari kebanyakan ahli politik kita.

 

" Rakyat ditangkap dan turut didenda kerana ingkat PKPP dan juga pematuhan SOP setiap hari, tetapi golongan Politik, VVIP, VIP nampak seperti bebas berkempen dan tidak didenda," katanya.

 

" Rakyat sekarang ini berasa marah dnegan dwi standard dalam penguatkuasaan yang ditunjukkan oleh kerajaan dan juga dwi standard yang ditunjukkan oleh agensi yang sepatutnya menjalankan tanggungjawab kerana gagal dalam amanah akan dipersoalkan kelak."

 

>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-covid-19-di-sarawak-membimbangkan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/justifikasi-situasi-semasa-jangkitan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/jangan-terlalu-leka-dengan-pandemik.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/viral-koleksi-bertanam-bunga-pkpb-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/kompaun-kesalahan-rentas-negeri.html


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/positif-covid-19-kes-meningkat-netizen.html

    返信削除

Featured post

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO @Jr_Paku Midin Channel ROME Pope Francis on Saturday held a ceremo...