2021年4月28日水曜日

TMJ Dihina Penuntut Universiti Tempatan



JOHOR BAHRU : 

Seorang penuntut universiti awam di Ibu Negara, didakwa Mahkamah Seksyen hari ini di atas tuduhan memuat naik status yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim, di akaun Facebooknya, Februari 2021 yang lalu.


Ahmad Muazz Ishak, 22 (tertuduh), bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibicarakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.


Tertuduh telah dituduh memuat naik status di akaun Facebook yang didaftarkan atas nama MuazzIshak yang tertera perkataan menghinan Tunku Ismail (TMJ).


Perbuatan itu didakwa dilakukannya di premis makanan segera di Jalan Pontian-Skudai, di sini, 11.45 pagi pada 05 Februari 2021.


Beliau didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, yang membawa hukuman denda maksimum RM 50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali, dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM 1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan kes.


Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan manakala tertuduh diwakili Muhammad Valantino Ifni Ho Ridzuan.


Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM 10,000 dengan tertuduh perlu melaporkan diri dua (2) minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kes ini selesai.


Peguam tertuduh kemudian memohon jaminan diturunkan kepada RM 2,500 dengan alasan anak guamnya masih menuntut di tahun kedua jurusan Sains Sosial di Kuala Lumpur dan tiada pendapatan tetap.

Hakim kemudian memerintah tertuduh dijamin RM 3,000 dengan seorang penjamin dengan dia perlu melaporkan diri di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur, setiap dua (2) minggu sekali.


Sebutan Semula Kes Berkenaan Ditetapkan Pada 25 Mei 2021 depan.



@ Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/tmj-dihina-penuntut-universiti-tempatan.html

    返信削除

Featured post

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO @Jr_Paku Midin Channel ROME Pope Francis on Saturday held a ceremo...