PAGES

2021年5月11日火曜日

MUDAHNYA JADI JUTAWAN DENGAN PELABURAN DINAR IRAQ

 


DINAR IRAQ ?

Setiap hari kita akan mendengar netizen yang mana sebagai pemerhati, peminat, pengumpul mahupun penjual Dinar Iraq hari demi hari terus menantikan dengan setia status terkini harga pasaran Dinar Iraq !!!

 

Persoalannya Kenapa ? 

Sebab mereka amat menjangkakan yang mana matawang ini akan melalui proses Revaluation (RV) dan juga apungan dalam masa tidak lama lagi.

 

DINAR IRAQ : BAGAIMANA MELAHIRKAN JUTAWAN ? 

Viral juga berkenaan ada cabang perseorangan serta kumpulan yang mengajak netizen untuk sama - sama menikmati Apa Itu Gelaran Jutawan Pelaburan Dinar.

 

Persoalannya, Sebelum Kita Membeli Dinar Iraq ? 

1 # Jika penjual yakin Dinar Iraq akan naik melambung-lambung, mengapa mereka terus menjual dan tidak menyimpan sendiri ? Mengapa ? Jika mereka menyimpan bukankah mereka boleh mandapat lebih daripada sepatutnya dari harga pasaran sedia ada? Iaitu daripada dapat jadi setakat multimillionaire, terus menjadi billionaire. Silap - silap hari bulan, kedudukan Tan Sri Robert Kuok pun boleh dicantas dengan mudahnya oleh mereka. Ada Betul Tak ???

 

2 # Golongan ini suka membuat perbandingan perang Iraq vs Amerika Syarikat dengan situasi Perang Teluk Iraq VS Kuwait. Tetapi persoalan yang akan muncula adalah sekarang ini. Kuwait dahulu lepas perang teluknya, adakan di bawah tentera Amerika Syarikat seperti yang dihadapi negara Iraq buat masa kini? Mengapa mereka tidak menceritakan kepada pembeli Dinar Iraq yang duit kertas duit kertas lama telah dihapuskan dan juga duit kertas baru telah diperkenalkan sebab masa itu banyak duit kertas telah dicuri oleh tentera Iraq dan muncul kat pasaran dunia ? Persoalannya Mengapa Kah Itu ?

 

3 # Apa akan terjadi jika mata wang mereka ditukarkan ke mata wang baru selepas ini ? Akhirnya duit Dinar Iraq sekarang ini apa akan terjadi ? Akhirnya nanti, jadi macam duit daun pisang.


4 # Katakanlah betul yer... seperti yang diramal. Dinar Iraq ID 1 = USD 1. Bermaksud nanti bakal muncul jutawan Dinar Iraq tidak lama lagi lihatlah ? Alhamdulillah. Moga - Moga. Tetapi persoalannya adakah Amerika Syarikat senang -senang sahaja mahu melingkup ekonomi mereka sendiri yang dah tak tertanggung itu ? Kena juga kita ingat minyak yang Iraq empunya itu bukan kerajaan Iraq yang mengawalnya walaupun di atas muka bumi mereka tetapi Kerajaan Amerika Syarikat sendiri.


5 # Semua mata wang dunia selepas 1971 adalah disandarkan satu sama lain dengan di hujung rantaiannya adalah Mata wang Dollar. Sedangkan Amerika Syarikat Dollar yang juga merupakan mata wang utama dunia sememangnya sekarang ini tenat akibat kegagalan Amerika Syarikat untuk membayar hutang Treasury Bill (T-Bills) pada bulan Ogos 2011 sebagai contohnya, apatah lagi Dinar Iraq ii. Barack Obama lebih pening kepala pada masa tersebut memikirkan mata wang USD sendiri yang tidak menentu (stabil) akibat lambakan Dolar Amerika sekarang ini.


6 # Dinar Iraq ini pun sama macam mata wang lain, iaitu duit fiat. Kelak, 1 Dinar Iraq bersandarkan kepada berapa gram emas ?


7 # Akhirnya paling mudah persoalan yang perlu difikirkan kita semua adalah, berapa ramai yang sanggup berkongsi kekayaan / kesenangan dengan orang lain melainkan mahu menggunakan kesusahan / kesempitan orang lain demi kesenangan peribadi.


JUTAWAN DINAR IRAQ : PENJUAL VS PEMBELI APA CERITA SEBENARNYA ?

Semestinya kita mesti tahu nilai dan juga tahu membezakan mana stu skim cepat kaya yang mana satu bukan. Melakukan sesuatu lebih - lebih lagi perkara baru tanpa ilmu amatlah merbahaya. Benar ada individu dalam sejarah yang menjadi kaya raya dengan teknik yang hampir serupa dengan kes Pelaburan Dinar Iraq ini, yang mana merujuk kepada spekulasi mata wang.


Saya turut tidak menghalang dan siapa saya untuk menghalang tuan/puan menjadi kaya kelak. Jika ada yang merasa boleh menjadi Jutawan Malaysia dengan cara pelaburan seperti ini, terpulanglah. Cuma nasihat dari saya, yang mahu membeli tu juga harus selidik betul-betul, kaji harga pasaran dan jangan beli dari mereka  perseorangan dan paling terbaik adalah membeli dengan berlesen dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia. Hanya Nasihat kepada diri dan pelabur semua.


Periksa juga fakta-fakta yang sedia ada, bukannya berpandukan ramalan para penjual IQD dan RV semata - mata. Ini duit anda!!! Bukan Duit Saya !


" Bagaimana Pembeli IQD Dikatakan Pelaburan Walhal Tiada Apa Yang Boleh Kita Lakukan, Selain Membeli Wang Kertas Yang Belum Tentu Nilainya Di Masa Depan ? "


Antara nasihat yang amat berguna dalam istilah pelaburan, JANGAN SESEKALI Melabur pada sesuatu yang KITA Tiada Kawalan (MOdal, WithDraw, Exit) terhadapnya. Buatlah Pelaburan Dengan Jangan Hanya BERGANTUNG SEPENUHNYA kepada harapan semata - mata dan juga tanpa usaha sesungguhnya. TANAP ADA sebarang elemen yang boleh dikawal seperti risk management, jangkaan trend menggunakan candlestick chart and sebagainya.


Dalam mana - mana portfolio pelaburan pun wajib ada 2 benda yang boleh dikawal iaitu analyzing and minimizing risk. Jikalau sesuatu pelaburan itu tiada 2 elemen ini, itu bukanlah dinamakan pelaburan namanya. Itu namanya...fikir - fikirkanlah.


Zaman sekarang tuan-tuan/puan-puan, apa - apa benda yang kita nak buat pun mesti adanya ilmu walaupun sedikit dan bukan hanya berserah pada takdir kepada nasib semata - mata dengan ayat untuk sedapkan hati sendiri "Insya Allah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan."


P/S : Adakah anda juga ada tergerak hati mahu membeli Dinar Iraq ? Apa pandangan tuan - tuan / puan - puan sekarang ?


PP/S : Apa kepentingan Kerajaan Amerika nakkan nilai mata wang ini lebih kukuh dan negara Iraq aman maju buat masa ini ? Sedangkan Arab yang lain pun mereka kacau dan kacau bilau apalagi di negara Iraq. Amerika Syarikat hanya menjaga kepentingna Israel bukan negara Arab. Selain negara Arab bersatu dan maju ia adalah ancaman kepada suvival Israel itu sendiri. Begitu juga bab ekonomi dan juga kemajuan dirantau sana amnya.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/03/tak-rugi-jika-melabur-duit-dengan-emas.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/06/jom-ikuti-cara-mudah-buat-duit-berlipat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/9-cara-mudah-gandakan-duit-masa-pkp.html 

https://www.jacknjillscute.com/2018/07/7-cara-mudah-buat-duit-dari-rumah.html 



@ Jackie San

 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/mudahnya-jadi-jutawan-dengan-pelaburan.html

    返信削除
  2. Tuan kalau mahu membeli IQD saya ada menjualnya 1 keping IQD RM300, kalau berminat sila call saya: +6016-3194982

    返信削除