2021年5月9日日曜日

SIKAP PENTINGKAN DIRI PUNCA KES POSITIF COVID -19 MENINGKAT


 

AMAT BIMBANG !!!

 

Kebimbangan terhadap peningkatan kes positif akibat wabak pandemik COVID-19 terus dirasai lebih - lebih kita semakin menghampiri hujung - hujung bulan Ramadhan dan merayakan Aidilfitir Tahun 2021 ini. Kebelakangan ini kedapatan kes melonjak naik menerusi angka kes baharu beberapa kali mencecah ribuan dan rekod tertinggi negara.


Seperti yang dilaporkan di media sosial dan juga muka akhbar, ia penuh dengan berita dan coretan kebimbangan terhadap peningkatan kes wabak COVID-19 negara.

 

Sebenarnya peningkatan semula kes wabak COVID-19 bukannya berlaku di negara ini sahaja, malah ianya melibatkan dan juga turut terjadi di negara - negara lain yang turut sama mengalami situasi sebegini. Seperti Negara Indonesia dan Negarai Filipina yang menunjukkan peningkatan ketara setiap hari dan negara tersebut peningkatan kes membabitkan jumlah empat (4) angka.

 

Indonesia amnya telah mencatatkan jumlah kes positif sebanyak 896,642 kes sehingga minggu kedua tahun ini dan ia terus meningkat dari semasa ke semasa.

 

Pada Januari 15, 2021 yang lepas, Negara Indonesia telah merekodkan 12,818 kes positif yang dikatakan sebagai angka harian tertinggi di negara itu, namun keesokanny angka yang lebih tinggi direkodkan dengan mencecah jumlah kes 14,224.

 

Begitu juga yang terjadi di Negara Filipina yang telah menyaksikan pola peningkatan seperti 1,524 kes positif pada Januari 12, 2021 yang lepas, diikuti 1, 453 kes pada keesokannya dan pada Januari 15, 2021 telah meningkat ke 2, 048 kes positif.

 

Di Asia Tenggara, Negara Brunei Darussalam sahaja yang mencatatkan kes terendah apabila setakat minggu kedua bulan lepas mengumpul 174 kes positif. Negara itu juga mencatatkan kes harian terendah kecuali pada Julai 03, 2021 tahun lepas mencatatkan 15 kes positif.

 

Peningkatan ketara kes positif di negara ini sebenarnya dalam jangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi siapa sangka angka itu muncul lebih awal.

 

Unjuran KKM menunjukkan negara dijangka merekodkan peningkatan jumlah kes COVID-19 sehingga 8,000 kes positif COVID-19 sehari pada penghujung Mei 2021, jika kadar jangkitan berterusan pada julat 1.1.

 

Andai kita tidak mampu menurunkan R-naught ini kepada 0.5, kita akan berhadapan 8,000 kes positif sehari. R-naught digunakan ahi epidemiologi untuk menerangkan tahap keseriusan jangkitan sesuatu penyakit berjangkit.

 

Sekiranya R-naught kekal 1.1, KKM mengunjurkan akan berlaku jangkaan peningkatan 3,000 kes sehari pada minggu kedua bulan ini dan terus meningkat kepada 5,000 kes sehari dalam minggu kedua April 2021.

 

Sekiranya R-naught ini berterusan, jumlah kes harian akan meningkat menjadi 8,000 pada minggu keempat bulan Mei 2021 nanti dan ianya tidak mustahil seperti apa yang berlaku keadannya di negara kita pada masa kini.

 

Justeru itu, jika kita tidak mampu menurunkan R-naught ini, bersedialah untuk melihat angka harian lebih tinggi berbanding sekarang seperti yang berlaku di Negeri Selangor, Kelantan dan juga Negeri Sarawak. Hal ini berlaku sekiranya kita hanya pentingkan diri kita sendiri tanpa memikirkan sekeliling kita.

 

Harapnya langkah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dapat melandaikan keluk jangkitan COVID-19 pada bulan Mei 2021 ini nanti.

 

Sebagai rakyat, kita harus bersama mengekalkan dan memberikan sepenuh sokongan kepada KKM dan agensi kerajaan lain. Berhenti menabur fitnah dan amalan buli siber terhadap 'Panglima Perang COVID-19' di negara kita tercinta ini, sebaliknya berilah semangat, kepatuhan dan juga gelombang positif supaya mereka dapat melawan pandemik untuk menunaikan amanah.

 

Masyarakat juga perlulah sentiasa patuh kepada saranan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya kita semua kekal senantiasa di rumah jika bergejala, tidak bergejala atau tiada keperluan mendesak untuk keluar.

 

Jika terpaksa keluar sekalipun, patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan norma baharu setiap masa.

 

Bagi majikan yang membenarkan kakitangan bekerja dari rumah, jangan 'membuli' secara dalam talian. Kedua-dua pihak perlu mencari titik terbaik supaya prestasi kerja dioptimumkan.

 

Pekerja pula jangan ambil kesempatan apabila diberi kelonggaran. Sebaliknya amalkan pengurusan diri dan juga keluarga supaya tugas pejabat dan rumah senantiasa seimbang.

 

Selain itu, gunakanlah kesempatan dengan menggunakan penggunaan permit kelulusan melintas semasa Perintah Kawalan Pergerakan dengan sebaiknya dan bukannya mementingkan diri sebagai contoh ada yang sanggup menipu semasa di Bulan yang mulia ini untuk membeli permaidani dan sanggup mempergunakan kelulusan permit PDRM tersebut. BERDOSA BESAR akibatnya.

 

Jangan pula upah atau gaji yang kita perolehi hasil dari penipuan tersebut tidak menjadi berkat, akibat tidak menjalankan amanah sebaik mungkin dan ingkar serta tidak berintegriti.

 

Hanya duduk di rumah yang mampu kita lakukan ketika ini untuk menurunkan kadar R-naught, sekali gus menurunkan angka kes harian COVID-19.

 

Ayuh mari kita sama - sama menterjemahkan sebenar apa yang dimaksudkan slogan "Kita Jaga Kita". Kita tetap ada tanggungjawab kendiri masing-masing bagi bersama - sama bersatu hati memutuskan rantaian musuh nombor satu negara ini iaitu COVID-19.

 

 >>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2021/05/kerajaan-gagal-dan-umum-pkp-30-di.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kluster-jalan-badarudin-kuching-sarawak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kejayaan-sarawak-tanggani-kes-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/viral-kematian-jururawat-kesan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/pelajar-sekolah-punca-utama-kes-positif.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/sambutan-pesta-keramaian-aktiviti.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/neelofa-pu-riz-sengaja-mempersendakan.html 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/05/sikap-pentingkan-diri-punca-kes-positif.html

    返信削除

Featured post

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano

THE JAPANESE AIRPORT THAT SAYS IT NEVER LOSES A BAG IN OSAKA AIRPORT - Izumisano @Jr_Paku Midin Channel IZUMISANO Kansai International Airpo...