2021年5月16日日曜日

Tun M Langgar SOP : COVID-19

DAKWAAN TUN DR MAHATHIR LANGGAR PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP)



PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kes Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menghadiri satu acara di Langkawi, Sabtu yang lalu.

 

Siasatan dijalankan selepas viral di media sosial berkaitan video yang memaparkan Tun M tidak mengimbas kod QR MySejahtera dan juga dilihat di video tersebut Tun M tidak merekodkan suhu badan dan telah dimuat naik oleh akaun Facebook "Najib Razak", yang turut hadir di tempat kejadian."

 

Perkara tersebut turut dimaklumkan oleh Ketua Polis Langkawi Shariman Ashari mengenai kegagalan Tun M mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

 

" Semakan turut mendapati kejadian berlaku pada pagi 08 Mei 2021 bertempat di Surau Raudhatul Jannah, Kuala Teriang, Langkawi, Kedah," kata Shariman menurut laporan yang ditulis Utusan Malaysia.

 

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah) Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2021.

 

Awal hari ini, Tun M dilaporkan mengakui kesalahannya melanggar SOP ketika menghadiri acara tersebut di Langkawi, Kedah, baru - baru ini.

 

" Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP. Saya akan terima tindakan mengikut undang-undang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Pada 08 Mei 2021, beliau dilaporkan pulang ke Langkawi, Kedah bagi memenuhi undangan acara menyampaikan sumbangan, termasuk bagi sambutan Aidilfitri 2021, kepada penduduk di sebuah surau.

 

" Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.

 

" Ini merupakan satu kesalahan. PErkara ini tidak harus berlaku," katanya.

 

" Ekoran perkara tersebut, netizen di media sosial rata - rata memuji prinsip serta ketaatan Tun M yang menjaga penampilan serta tampil dengan Ucapan Memohon Maaf adalah contoh terbaik untuk dicontohi."

 

 Berbanding dengan orang-orang besar serta pemimpin Malaysia yang amat bongkak dengan gelaran serta pangkat yang mereka ada. 

 

@Anju Manja seperti kenyataan di Facebook "Tun M patut dicontohi, selepas menerima teguran malah diancam untuk dikenakan kompaun, redha jer jika undang-undang menetapkan kompaun saya akan bayar katanya. Kebanyakan golongan kayangan kita amat menafikan kesalahan walaupun jelas divideokan kes seumpama. Sedap pulak mereka borak n makan-makan uolsss...

 

@Masle Anak Mumy turut teruja dengan sikap Tun M yang agak berumur malah akur dengan kesilapan mudah beliau yang tidak mengimbas suhu dan MySejahtera telah melanggari SOP kerajaan COVID-19. "Saya amat teruja dengan sikap Tun M, walaupun hanya sekadar video pendek tetapi Tun M mengakui kesilapannya. Terima Kasih Tun M mengajar saya erti hidup dengan berintegriti."

 

@KumarMumasi memuatkan luahan hatinya, "Lihatlah dunia betapa orang yang saya sanjungi penuh berintegriti mengakui kesilapannya. Tetapi golongan kayangan VVIP sedia ada sekarang sudah lah nampak di video, bergambar pulak tu, masih lagi menafikan SOP mereka dilandasan terbaik..PIRAHHHHHH "...

 

@ManjaManis, "Jangan lah kerajaan mengkompaun Tun M, lihatlah mata hati dan percaya Tun M tidak sengaja. Beliau amat menitikberatkan orang sekelilingnya demi rakyatnya. Maybe Tun M teruja melihat orang kampungnya menyebabkan Tun lupa dengan SOP. Korang lihatlah berapa ramai yang teruja dengan kehadiran Tun M waktu tersebut. 

Nak salahkan Tun M, sepatutnya jika benar kompaunlah penganjur yang gagal dan tidak berprosedur sepatutnya masuk saja di tempat kejadian walaupun kenamaan mesti ikut prosedur. 

Saya dengan yakin dan 100% menyokong, janganlah kerajaan percaya sangat dengan apa yang terjadi. Bukan nak kompromi tetapi Tuan/Puan perlu akur siapa yang bersalah sebenarnya!!!" 


"Tolonglah Jangan Kompaun Tun M demi Rakyat Langkawi, Kedah."

 

 >>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kerajaan-negeri-sarawak-lanjutkan.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-tiga-tahun-berturut-turut-durian.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-penjawat-awam-persekutuan-di.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kes-positif-covid-19-di-kota.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pengerusi-uda-punca-gelombang.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pkpb-daerah-kuching-harus.html 

 


@ Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...