PAGES

2021年8月20日金曜日

Annuar Yakin BN Ada Calon Jadi Perdana Menteri

PETALING JAYA, SELANGOR

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Annuar Musa dengan yakin bahawa gabungan itu memunyai sokongan yang cukup padu untuk membolehkan calon daripada BN dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9.

 

Annuar tidak menamakan calon itu tetapi amat percaya merujuk kepada Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri.

 

Beliau turut mendakwa selain 42 kerusi Parlimen sedia ada, BN turut mendapat sokongan lebih 69 Ahli Parlimen lain untuk melepasi majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat.

 

" Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan ahli-ahli parlimen dan wakil parti parti sahabat yang lain, untuk memohon penyokong seorang calon dari BN menjadi dan layak sebagai PM Ke-9.

 

" Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN sebagai PM, " kata beliau.

 

" Kamu MP BN, akan bertemu Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi) pada 17 Ogos 2021 (Selasa) malam untuk sama-sama berbincang perkembangan yang baik ini.

 

" Saya sendiri juga sudah menghubungi Presiden UMNO untuk satu panduan dan juga kata sepakat, mengambil kira perkembangan terkini, serta surat notis Speaker Dewan Rakyat hari ini, " kata beliau.

 

Ketika ini Zahid sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO untuk menentukan calon Perdana Menteri untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

 

Difahamkan, selepas sahaja mesyuarat MKT, ia akan disusuli pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional.

 

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri Ke-9.

 

Ahli Parlimen diberikan masa sehingga jam 4 petang (18 Ogos 2021 - Rabu) untuk menyerahkan surat akuan itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kol (Bersara) Nazim Mohd Alim melalui faks, e-mel atau dalam bentuk PDF di WhatsApp.

 

16 Ogos 2021 (Isnin), Muhyiddin BinYassin dan Kabinetnya menyerahkan surat perletakan jawatan mereka kepada Agong kerana hilang sokongan majoriti selepas 15 Ahli Parlimen UMNO dilaporkan menarik sokongan mereka kepada beliau dan kerajaan pimpinannya.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/64-new-covid-19-cases-in-bruneis-august.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kit-siang-asking-evidence-of-delta.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/after-15-months-brunei-sees-record.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/19-clusters-and-364-cases-from-three.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/negara-brunei-tetapkan-pematuhan-sop.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/why-vaccines-of-covid-19-arrive-in.html 


@ Jackie San 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/annuar-yakin-bn-ada-calon-jadi-perdana.html

    返信削除
  2. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    返信削除