2021年11月5日金曜日

DI MANA KEADILANNYA UNTUK ALLAHYARHAM ZULFARHAN !

KES BUNUH ALLAHYARHAM ZULFARHAN !

 


Kematian Allahyarham Zulfarhan akibat diseksa kejam menggunakan saterika, penyangkut baju, getah paip, diterajang, disepak sehingga menyebabkan kematian kononnya bukan dasar untuk tujuan membunuh oleh 18 orang bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Selangor Darul Ehsan amat menyayat hati dan tidak akan dilupakan.

 

Kisah sedih yang menyayat hati seluruh dunia apabila sekumpulan mahasiswa yang dipuja - puja oleh kedua orang tuanya yang sepatutnya ke menara gading menuntut ilmu dan apabila keluar kelak sebagai seorang tentera untuk menjaga keamanan negara serta keluarga tercinta atau pun keluar sebagai seorang profesional tamat pengajian berkecai!

 

Ia juga kisah mengenai harapan kedua orang tua yang mahu mengubah masa depan keluarga dan turut melihat anak mereka yang ditatang dan dimanja - manja itu berjaya, namun akhirnya terungkai keburukan malah disabitkan kesalahan membunuh serta hancur dek kerana terungkainya satu peristiwa kejam yang berlaku di sebuah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

 

Akibat pengurusan UPNM yang sambil lewa tidak mengambil kisah mengenai budaya ragging dan juga buli di dalam kampus serta menggalakkan pembudayaan aktiviti tersebut, sekumpulan mahasiswa terlibat dengan satu pembunuhan yang amat tragis dan memilukan telah menggemparkan seluruh negara bahkan tersebar di seluruh dunia.

 

Allahyarham Zulfarhan (mangsa) yang diseksa dengan kejam apabila dibuktikan degan siasatan pihak forensik apabila seluruh anggota badannya ditekap menggunakan seterika wap, kesan lebam yang memilukan, Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain menemui ajal akibat kecederaan parah yang dilakukan oleh pembunuh kejam seramai 18 orang tersebut. Ketika kejadian pada tahun 2017, Zulfarhan baru berusia 21 tahun pada masa tersebut.

 

Pemergian Zulfarhan telah membongkar cerita di sebalik apa sebenarnya yang berlaku dan hakikatnya bila seseorang yang akan menuju ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berisiko buruk. Bukan sekadar menonjakkan kaki menuju pintu masuk menara gading UPNM yang dirisaukan sekarang bahkan, sampai kah tidak pelajar baru melangkah kan kaki ke UPNM akan menamatkan pengajian dengan jayanya ataupun akan menerima nasib seperti Allahyarham Zulfarhan kelak.

 

Siapa yang mungkin dapat melupakan satu video viral meruntun hati apabila bapa Zulfarhan bersujud sambil menitiskan air mata di luar mahkamah selepas hakim memutuskan bahawa 18 orang bekas pelajar UPNM perlu membela diri atas sabitan membunuh Zulfarhan anaknya itu.

 

02 November 2021 selepas empat (4) tahun peristiwa hitam itu berlaku dan kematian Zulfarhan belum terbalas, pada pagi Selasa 02 November 2021 maka, hakim mahkamah akhirnya memutuskan kematian pelajar Kejuruteraan Elektrik tersebut akhirnya terbela sudah!

 

Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa 18 orang bekas pelajar UPNM iaitu tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan membunuh Zulfarhan, bersubahat membunuh dan juga bersubahat dan niat mencederakan Zulfarhan.

 

Hakim turut menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara ke atas enam (6) orang suspek utama pembunuhan kejam Allahyarham Zulfarhan.

 

Mohamad Shobirin yang hanya dijatuhi penjara tiga (3) tahun selepas didapati bersalah hanya menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi.


Pihak Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) harus segera mengambil iktibar serta bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham Zulfarhan. Peristiwa tragis yang menimpa Zulfarhan adalah satu kejadian yang perlu menjadi iktibar kepada kita semua selaku rakyat Malaysia yang sepatutnya aman damai dan harus menghentikan budaya buli di Institusi Pendidikan Tinggi terutamanya di UPNM.


Saranan penulis adalah kisah yang berlaku kepada Allahyarham Zulfarhan adalah satu amaran dan tamparan hebat kepada Institusi Pendidikan Negara pada masa kini. Baik kepada pihak institusi pendidikan, para pemimpin, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sendiri, tentang betapa bahayanya budaya ragging. Amalkan ambil tahu tentang persekitaran dan tindakan segera bagi mengelak. Bukannya bila ada kematian baru kita tersentak!!!


Yang pasti KEMATIAN ZULFARHAN AKIBAT DIDERA SERTA DIBUNUH OLEH 18 ORANG BEKAS PELAJAR UPNM tidak akan dilupakan!!! Pembunuh memang terlepas hukuman dunia tetapi penyesalan nya tidak lagi berguna.


KEHILANGAN NYAWA TIDAK MAMPU MENGUBAT KESEDIHAN !!!!!


SEMOGA ALLAHYARHAM ZULFARHAN TENANG DI SANA. AAMIIN

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2019/10/guru-diseksa-jadi-warden-sekolah.html

https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-pelajar-dibuli-sehingga-trauma.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ustazah-firaun-dia-tidak-layak-hukum.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html 



@ Jackie San

 

 



2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/13-pelajar-sekolah-tunku-putra-langkawi.html?sc=1651291932191#c4495898738324719197

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html?sc=1651291960746#c2298989060431861337

    返信削除

Featured post

Sagamigawa River (Sagamigawa) Kanagawa River Khusyu Japan

   https://youtu.be/iUT3dAjl5qc?si=fuzuqlplgS5uvPPb >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<