2021年12月20日月曜日

RAKYAT SARAWAK TIDAK TERIMA PARTI DAP - PRN SARAWAK 2021

GABUNGAN PARTI SARAWAK MENANG BESAR - 75 KERUSI, DAP DITOLAK SAMA SEKALI

 


2350 MALAM :Gabungan Parti Sarawak diisytiharkan menang MAJORITI BESAR iaitu dengan 75 kerusi, manakala Parti Sarawak Bersatu dengan 4 kerusi dan DAP hanya dengan 2 kerusi.

 

Suruhanjaya Pilihan Raya turut memaklumkan bahawa DUN Mulu hanya boleh diumumkan pada hari Ahad, 19 Disember 2021. Ia ditangguhkan faktor keselamatan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

 

Jam 2145 malam: GPS telah diisytiharkan sebagai Pemenang Dengan 55 Kerusi.

 

Sementara itu, Parti PBS pula menang di 2 Kerusi termasuk Parti DAP 2 kerusi.

 

Jam 2113 malam : Ketua DAP Sarawak, Chong Chien Jen, diisytiharkan menang di Kawasan Padungan.

 

Chong Chien Jen memperoleh 5,686 undi dengan undian majoriti sebanyak 1, 198 undi.

 

Sementara itu, Parti DAP turut diisytiharkan menang di Kawasan Pending.

 

Calon DAP (Violet Yong) meraih undian 5, 188 dengan majoriti nipis dengan 540 undian.

 

Jam 2058 malam: GPS diisytiharkan menang pada 42 kerusi, iaitu majoriti mudah untuk membentuk Sebuah Kerajaan Negeri.

 

Di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Pimpinan GPS menyambut pengumuman Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, dengan laungan " HIDUP GPS " dan  " GPS MENANG ".

 

2048 malam : GPS dikatakan memenagi sebanyak 74 kerusi, menurut keputusan tidak rasmi.

 

2037 malam: GPS telah diisytiharkan menang di 40 kerusi.

 

Dalam pada itu, Parti PSB telah memenangi 2 kerusi.

 

2026 malam: DAP tewas di Pujuk selepas GPS diisytiharkan Pemenang.

 

Calon GPS (Adam Yii) meraih 5,558 undi, dengan majoriti 1, 566 undian.

 

2005 malam: GPS diisytiharkan menang di Tanjong Datu, menerusi anak kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem.

 

Calon GPS (Azizul Annuar) meraih 5, 423 undi, dengan majoriti 4, 502 undian.

 

Sementara itu, GPS dilaporkan turut memenangi Kerusi Bukit Saban.

 

Calon GPS (Douglas Uggah Embas) meraih 5, 373 undi, dengan majoriti 3, 988 undian.

 

1958 malam: GPS turut diisytiharkan menang di 19 buah kerusi.

 

Sementara itu, keputusan tidak rasmi menunjukkan GPS sudah mencapai majoriti mudah memenangi 42 buah kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.

 

1945 malam: Pengerusi GPS, Abang Johari Openg, menyertai pimpinan GPS lain di Pusat Konvensyen Borneo Kuching selepas menang DUN Gedong.

 

1943 malam: PSB diisytiharkan menang di Kawasan Engkilili.

 

Calon PSB (Johnical Rayong Ngipa) meraih 3, 246 undi, dengan majoriti 1, 191 undian.

 

1940 malam: GPS diisytiharkan menang di Bukit Sari, Balingian dan juga Tellian.

 

Di Bukit Sari, Calon GPS (Awang Tengah Ali Hassan) meraih 6, 385 undi.

 

Di Balingian, Calon GPS (Abdul Yakub Arbi) meraih 4, 050 undi.

 

Di Tellian, Calon GPS (Rosyton Valentine) meraih 4, 282 undi.

 

Di Bukit Begunan, Calon GPS (Mong Dagang) meraih 4,054 undi.

 

1930 malam: GPS diisytiharkan menang di Kawasan Gedong.

 

Calon GPS (Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg) meraih 4, 310 undi, dengan majoriti 3,607 undian.

 

Sementara itu, GPS turut menang di Kawasan Layar.

 

Calon GPS (Gerald Rentap Jabu) meraih 3,891 undi, dengan majoriti 2,039 undian.

 

1924 malam: GPS diisytiharkan memang di Kawasan Beting Maro, Asajaya, dan Balai Ringin.


Di Beting Maro, Calon GPS, Razaili Gapor, meraih 3,769 undi, dengan majoriti, 1,711 undi.


Di Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah, meraih 6,380 undi, dengan majoriti 4,532 undi.


Di Balai Ringin, Snowdan Lawan, meraih 4,816 undi, dengan majoriti 1,285 undi.


1915 malam: PSB diisytiharkan menang di Kawasan Ba'kelalan.

 

Calon PSB(Baru Bian) menang dengan 2,687 undi. Pesaing terdekat, calon GPS (Sam Laya) meraih 2,007 undian.

 

1904 malam: GPS dijangka menang di 10 kerusi. Belum disahkan SPR.

 

Menuruti Bernama, Kerusi berkenaan adalah Balingian, Gedong, Bukit Saban, Bukit Sari, Semop, Baleh, Dalat, Kuala Rajang, Murum dan Tellian.

 

1900 malam: GPS mendahului pesaing di Dudong dan Bukit Saban.

 

Di Dudong, Calon GPS (Tiong King Sing) meraih 4,295 undi, diikuti calon PSB (Wong Hui Ping) dengan 1,468 undi).

 

Di Bukit Saban, Calon GPS (Douglas Uggah Embas) meraih 3,394 undi, diikuti calon PSB (Andria Gelayan Dundang) dengan 936 undi.

 

1857 petang: PSB dilaporkan mendahului di Kawasan Ba'kelalan.

 

Borneo Post melaporkan Calon PSB (Baru Bian) di depan dengan 2,241 undi, diikuti calon GPS (Sam Laya) dengan 1,838 undi.

 

1953 petang: GPS mendahului di Asajaya dengan bergaya.

 

Calon GPS (Abdul Karim Rahman Hamzah) mendahului tiga pesaing dengan 6,107 undi, diikuti PSB (Ishak Buji) dengan 1,786 undi.

 

1850 petang: GPS dijangka menang 21 kerusi, setakat 1830 petang tadi, menuruti Borneo Post. Belum disahkan benar oleh SPR.

 

1847 petang: PSB dilaporkan berjaya memintas GPS di Bawang Assan.

 

Borneo Post turut melaporkan calon PSB (Wong Soon Koh) meraih 3,504 undi, diikuti calon GPS (Robert Lau Hui Yew) dengan 2,913 undian.

 

1846 petang: GPS mendahului pesaing di Kawasan Muara Tuang.

 

Calon GPS (Idris Buang)meraih 5,097 undi, manakala pesaing terdekat beliau iaitu dari Parti PSB (Yakup Khalid) meraih 1,361 undi.

 

1842 petang: GPS diisytiharkan menang di Kawasan DUN Belaga. Belum disahkan oleh SPR. Calon GPS (Liwan Lagang) meraih 3,552 undian, dengan kelebihan 2,245 undi.

 

1840 petang: GPS dijangka menang di Kawasan DUN Kemena. Belum disahkan SPR. Stephen Rundi Utom di depan pesaing dengan jumlah melebihi 6,000 undi di tangan.

 

1834 petang: GPS jauh meninggalkan pesaing di Kawasan Kemena.

 

Sin Chew melaporkan calon GPS (Stephen Undi Utom) meraih 6,270 undi, berbanding pesaing terdekat beliau dari Parti PSB (Bernard Tahim Bael) yang meraih 2,583 undi).

 

1830 petang: GPS mendahului di Stakan, jauh meninggalkan pesaing terdekat dari Parti PSB.

 

Calon GPS (Hamzah Ibrahim) meraih 5,442 undi, manakala calon PSB (George Young Si Ricor Junnior) meraih 1,426 undi.

 

1823 petang: Ali Biju dari Bersatu yang bertanding sebagai calon bebas di Krian meraih 1,228 undi meskipun menarik diri dari berkempen.

 

Meskipun begitu, Malaysiakini melaporkan GPS(Friday Belik) mendahului dengan 2,083 undi, diikuti PSB (Musa Dinggat) 1,569 undi.

 

1816 petang: GPS diisytiharkan menang di DUN Sebuyau. Belum disahkan SPR. Calon GPS (Julaihi Narawi) dikatakan meraih 4,937 undi, dengan majoriti 4,134 undi.

 

1814 petang: GPS mendahului di Bawang Assan tetapi diikuti rapat oleh Calon PSB. Calon GPS (Robert Lau Hui Yew) setakat ini meraih 2,580 undi, manakala PSB (Wiong Soon Koh) 2,259 undi.


1800 petang: GPS mendahului pesaing di DUN Stakan, Tellian, Sebuyau, Baleh, Murum, Belaga, Tebedu, Bukit Sari, dan Batu Kawah.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT BERITA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/december-18-2021-eight-seats-to-watch.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ordered-to-remove-election-posters.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/december-06-2021-sarawak-state-election.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/bulgaria-votes-in-presidential-runoff.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/dap-chief-resigns-after-defeat-in-state.html 



@ Jackie San

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/12/focus-on-alternative-limbang-miri-road.html?showComment=1639972844278#c7159332374103789643

    返信削除

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...