PAGES

2022年1月15日土曜日

OMICRON VIRUS MENYERANG MALAYSIA KINI !

2022 - MALAYSIA BERDEPAN GELOMBANG OMICRON 

 


SHAH ALAM, SELANGOR : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan negara bahawa kemungkinan besar Malaysia akan menghadapi gelombang varian terbaharu iaitu Virus Omicron seperti negara - negara lain juga.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa beberapa langkah bagi memperlahankan penularan varian baru Omicron adalah dengan liputan dos penggalak yang semakin luas, pemakaian pelitup muka bagi pengudaraan yang terbaik serta amalah TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dan dapatkan segera rawatan di Klinik berhampiran).

 

" Selain itu juga, cari baharu yang digunakan di  'MySJ Trave' dan kawalan ketat di semua pintu masuk antarabangsa juga antara langkah yang diambil bagi memperlahankan varian Omicron masuk ke Negara ini.


" Ada yang rujuk data kesan Omicron varian tidak seteruk Varian Delta, nampaknya memang begitu. Tetapi kebolehjangkitan Varian Omicron adalah lebih cepat berbanding Varian Delta.


" Jika demoninator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau pun di unit rawatan rapi (ICU) akan turut meningkat. KKM mahu terus mengelak sistem kesihatan awam yang dianggap lumpuh seperti sebelum ini," katanya menerusi Twitter pada Ahad, 02 Januari 2022.


Khairy turut memaklumkan bahawa, vaksin Koronavirus telah dibangunkan sebelum wujudnya varian Delta mahupun varian Omicron.


Selain itu, Khairy turut menambah SARS-CoV2 adalah novel Coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.


" Apabila kita lebih tahu mengenai kesan mutasi, respons kita perlu juga mesti berubah. Di sesetengah negara flue jab diambil setiap tahun," jelas Khairy.


Bila mana Vaksin COVID-19 dibangunkan tiada varian Delta atau Omicron. SARS-CoV2 adalah 'novel' coronavirus yakni virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

 

>>>READ MORE ARTICLE HERE<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/tiada-bukti-kukuh-suplemen-cegah-covid.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tun-m-langgar-sop-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/kes-positif-covid-19-negeri-sembilan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 



@ Jackie San

 

 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/01/omicron-virus-menyerang-malaysia-kini.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/01/omicron-intensifies-staffing-issues.html

    返信削除