2022年4月21日木曜日

SITI BAINUN DIKLASIFIKASIKAN MANUSIA ZALIM !

SITI BAINUN DIKLASIFIKASIKAN MANUSIA ZALIM !

 


Kes penderaan yang membabitkan seorang remaja wanita kelainan upaya (OKU) iaitu Bella tular di laman media sosial susulan perbicaraan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali pada masa ini rancak diperkatakan.

 

Selain itu nama Yusuf Azmi di antara pengkritik serta bukanlah asing dalam kalangan rakyat Malaysia kerana gerak kerja aktivis dan juga kepenggunannya terutama ketika bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia sebelum ini.

 

Dari itu, Yusuf Azmi telah tampil mengesa pihak Polis Dirajay Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelaku kejam kes penderaan Bella itu.

 

" MANA KEADILAN UNTUK BELLA ?!

  " Kekurangan diri bukan bermakna seorang insan itu boleh diperlakukan dengan apa-apa cara sekalipun, sebaliknya merekalah yang patut dijaga dan dimanjakan.


" Namun itulah nasib yang menimpa adik Bella, 13 tahun, anak yang menjadi mangsa penderaan sehingga menyebabkan siapa sahaja yang melihatnya akan menitiskan air mata atau setidaknya timbul rasa sebak dan juga hiba.

 

" Kasih dan juga sayang yang diharapkan di rumah penjagaan tetapi parut dan lebam diperolehinya...

 

" INI BUKAN ISU KECIL YA ABANG AKAK DI LUAR SANA, INI DAH KES DERA DAH NI !!!

  " Di Bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mendoakan agar adik Bella mendapat keadilan yang sewajarnya. Allahu rabbi, sesungguhnya hanya Engkau sahaja Yang Maha Mengetahui.

 

" Ayuh dan bangkitlah kita semua untuk bersolidariti demi adik Bella, Anak Istimewa ini yang ditemui dalam keadaan yang amat menyayat hati dan mangsa seksaan kejam Siti Bainun.

 

" Semoga kes ini berjalan dengan telus dan benar." Ingatlah kepada Peguam Bela si Pendera!!! Tuhan Itu Maha Kaya Dan Maha Adil.

 

" Doa senjata orang mukmin. Jangan pernah untuk berputus berdoa untuk adik Bella."

 

Kepada Pelaku Pula, Ini Pesanan Yusuf Azmi.

 

" MANA ROH KAMU SEBAGAI SEORANG ISLAM "

" Saya difahamkan pelaku seorang Islam, dengar sini baik-baik, tidak terdidik orang Islam berfikiran dan berwatakan seperti binatang ini"

 

" Sampai mendera anak-anak kurang upaya, simbah air panas, ini bukan manusia la "

 

" Kalau kau bantu dia, kalau kau jaga dia dengan baik kemungkinan dia akan bantu kau di akhirat kelak "

 

" Undang - Undang akan tetap menyebelahi orang yang dizalimi. Mana perginya roh kamu sebagai seorang Islam "

 

Selain itu,  nasib malang yang menimpa adik Bella, 13 tahun, turut mendapat perhatian dari Isteri TMJ, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam.


YM Che' Puan Besar Khaleeda berkongsi dalam akaun Twitter turut menyatakan, akan berusaha bagi menuntut keadilan bagi pihak adik Bella.


" Saya akan buat apa sahaja bagi mendapatkan keadilan buat Bella.

 

" Saya kecewa dan letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa sahaja terhadap kanak-kanak tidak berupaya dan fikir mereka akan terlepas.

 

" Kamu boleh berselindung di sebalik barisan peguam kamu tetapi akhirnya karma akan tiba pada waktunya di dunia mahupun di akhirat kelak," katanya.

 

Kelmarin, media melaporkan prosiding mahkamah berkaitan kes penderaan terhadap Bella.

 

Remaja berkenaan yang ketiadaan ibu dan bapa sejak ditemui dan dijadikan anak angkat di Rumah Bonda, sebuah rumah kebajikan di Wangsa Maju yang diasaskan oleh Siti Bainun.

 

Siti Bainun telah didakwa atas dua (2) pertuduhan iaitu mengabaikan dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk dari segi fizikal dan juga emosi.

 

Pertuduhan ke atas Bainun mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM 50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/kes-buli-punca-anggota-tudm-maut-dalam.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/07/viral-dibuli-ditendang-dipaksa-cium.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/06/viral-pelajar-dibuli-sehingga-trauma.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ustazah-firaun-dia-tidak-layak-hukum.html 

https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/12/kes-buli-sekolah-tahfiz-disumbat-najis.html 

https://www.jacknjillscute.com/2019/10/guru-diseksa-jadi-warden-sekolah.html 


@ Jackie San 



 

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<