2022年5月9日月曜日

ADAKAH BAINUN AKAN MENANG KE ATAS BELLA ?

ADAKAH BAINUN AKAN MENANG KE ATAS BELLA ?

 


JOHOR BAHRU : Isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam sedia membantu remaja orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella untuk mendapatkan keadilan sewajarnya.

 

Che Puan Besar Khaleeda menerusi hantaran di Instagram milik peribadinya memaklumkan sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk membantu remaja Orang Kurang Upaya (OKU) iaitu Bella.

 

" Saya sanggup lakukan apa-apa sahaja dengan kuasa yang saya milikki bagi mendapatkan keadilan sewajarnya demi Bella. Saya amat kecewa dan juga letih melihat si pengecut yang berfikir mereka boleh buat apa-apa sahaja terhadap kanak-kanak yang teraniaya seperti Bella.

 

" Kamu bolehlah bersembunyi di sebalik barisan peguam TikTok kamu itu, tetapi karma akan hadir pada waktunya di dunia ini dan juga akhirat kelak," tulisnya dalam Instagram milik peribadinya.

 

Che Puan Besar Khaleeda memuat naik kenyataan itu dipercayai sebagai membalas tindakan seorang peguam tertuduh iaitu pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang memuat naik sekeping gambar bersama-sama tertuduh dan juga barisan peguam TikTok yang kononnya sanggup membela si tertuduh itu.

 

Menurut Che Puan Besar Khaleeda, kes berkenaan pasti akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang pengecut agar tidak terfikir untuk melakukan tindakan serupa pada masa akan datang.

 

Perbicaraan kes itu turut mendapat perhatian dan juga menjadi perdebatan bagi rakyat yang melihat seolah-olah nasib Bella (mangsa Rumah Bonda) tidak diperjuangkan sedangkan remaja berusia 13 tahun itu merupakan seorang OKU dan telah menerima penaniayaan yang amat kejam.

 

Siti Bainun, 30 tahun, sebelum ini telah mengaku tidak bersalah atas dua (2) pertuduhan iaitu mengabaikan dan juga menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi mangsa.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/bite-bellas-tummy-ordered-from-rumah.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html 

 


@ Jackie San 

4 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html?sc=1652031412140#c1944501936550265420

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/siti-bainun-diklasifikasikan-manusia.html?sc=1652031404727#c5385083798616207230

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/video-rakaman-siti-bainun-kejam-melayan.html?sc=1652031397284#c8844294136715919191

    返信削除
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/20-helicopters-are-still-in-service-and.html?sc=1652112542475#c6880191750232399644

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<