2022年5月12日木曜日

ANAK AHLI PARLIMEN MENDAPAT LAYANAN ISTIMEWA DENGAN BANTUAN ANGGOTA POLIS TRAFIK - PULAU PINANG

ANGGOTA TRAFIK IRINGI KENDERAAN ANAK AHLI PARLIMEN - PULAU PINANG

 


PETALING JAYA, SELANGOR :PDRM Pulau Pinang sedang melakukan siasatan terperinci berkaitan menerima aduan susulan satu video yang tular dan menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi oleh dua (2) anggota Polis Trafik Pulau Pinang menggunakan motosikal milik PDRM (Polis Diraja Malaysia) di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang, baru-baru ini.


Menurut Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Mohd Shuhaily Mohd Zain, satu kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka terhadap dua (2) orang anggota polis terbabit selepas rakaman berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak 07 Mei 2022 (Sabtu).


" Pada Sabtu (07 Mei 2022), kira-kira jam 2036 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez.


" Rakaman tersebut telah memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua (2) anggota polis trafik yang menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).


" Kita mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir, Pulau Pinang itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan," katanya di dalam satu kenyataan pada Ahad, 08 Mei 2022, seperti yang dilaporkan oleh Bernama.


Sementara itu juga, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Bakri Zainal Abidin turut memaklumkan bahawa Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) masih menyiasat perkara ini.


" Sebarang salah laku atau tindakan yang bukan dalam bidang tugas mereka, pihak JSPT Bukit Aman tidak akan berkompromi dalam isu-isu sebegini," katanya ketika dihubungi FMT.


Menerusi video yang tular dan dimuat naik di lamak sosial Facebook, dua (2) orang anggota polis trafik kelihatan sedang sibuk mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.


Video itu mendapat kecaman hebat dari warganet kerana tidak berpuas hati dengan individu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik untuk meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang. Persoalan dari warganet, mengapa lelaki tersebut mendapat perhatian dan juga bantuan sebegini oleh Polis Trafik ? Adakah mendapat sogokan ataupun RASUAH dari anak ahli Parlimen sehinggakan mendapat layanan istimewa ????


Warganet turut menyarankan agar SPRM dan PDRM atasan tidak buta dan pekakkan telinga dalam perkara ini.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/04/netizen-kecam-jabatan-kerja-raya.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pati-cuba-bolos-pos-sempadan-malaysia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/5902-saman-dikeluarkan-pada-ops-selamat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html 



@ Jackie San

6 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/adakah-bainun-akan-menang-ke-atas-bella.html?sc=1652285043319#c4205541593804781492

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/5902-saman-dikeluarkan-pada-ops-selamat.html?sc=1652285036239#c5173337412103635608

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/kejam-tentera-russia-musnahkan-habis.html?sc=1652285028430#c2599311774475268188

    返信削除
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/varian-omicron-xe-tular-di-thailand.html?sc=1652285020267#c2225170562154917368

    返信削除
  5. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/peguam-bainun-yakin-bella-cubaan-bunuh.html?sc=1652285014149#c5961244884821655577

    返信削除
  6. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html?sc=1652465724015#c4335419339698255856

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<