2022年5月29日日曜日

CINCANG CINCANG ANAK BUAYA MENYEBABKAN BUDAK KECIL DIBAHAM BUAYA - KUCHING

CINCANG CINCANG ANAK BUAYA MENYEBABKAN BUDAK KECIL DIBAHAM BUAYA - KUCHING

 



KUCHING, SARAWAK:Pasukan mencari dan juga menyelamat (SAR) terpaksa melakukan belahan ke atas perut seekor buaya yang berjaya ditangkap dan turut disyaki membaham seorang kanak-kanak lelaki berumur lebih kurang 7 tahun dalam satu kejadian di Telaga Air, Kuching Sarawak pada 21 Mei 2022 (Sabtu).


" Susulan atas menggunakan umpan yang dipasang di sepanjang Sungai Telaga Air dan berdekatan, seekor buaya telah dijerat oleh kakitangan Samarahan Crocodile Hunters (SCH).

 

Turut dimaklumkan, buaya sepanjang lebih kurang 14 kaki itu telah termakan salah satu umpan yang dipasang oleh pasukan pemburu buaya "Samarahan Crocodile Hunters (SCH) di sekitar kawasan berkenaan.

 

Sehubungan itu juga, pasukan SAR bersama-sama agensi berkaitan telah membuat keputusan untuk membelah perut buaya tersebut.

 

Menurut PGO lagi, buaya terbabit telah dibawa ke jambatan Nombor Tiga Sungai Nyabut bagi melakukan proses pembedahan perut iaitu sekitar jam 0915 minit pagi.

 

" Bagaimanapun, selepas buaya tersebut dibedah, tiada tanda-tanda terdapatnya anggota badan manusia ditemui dalam perut buaya tersebut.

 

" Justeru itu, operasi SAR terpaksa diteruskan dan umpan juga masih dipasang bagi mencari buaya yang membaham kanak-kanak berkenaan. Ibu bapa kanak-kanak berkenaan memohon jasa baik semua pihak termasuklah agensi yang terlibat untuk menemukan jasad anak mereka agar dijumpai segera.

 

Selain itu, terdahulu, operasi memasang jerat di sekitar kawasan Sungai Trombol dilakukan sekitar jam 11.55 minit pagi dengan dibantu oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Kuching dan BBP Batu Lintang termasuk bantuan pihak Polis.

 

Sementara itu juga, pada jam 1320 petang, Bot BBP Petra Jaya dan BBP Batu Lintang melaporkan telah selesai mengiringi pasukan pemburu buaya yang menjalankan pemasangan umpan ataupun jerat buaya iaitu sebanyak 17 jerat di sekitar kawasan Sungai Trombol.

 

Mangsa iaitu adik Mohammad Adami Moktar, 7 tahun sebelum ini dilaporkan dibaham seekor buaya di Sungai Nyabut, Kampung Trombol Telaga Air, Kuching Sarawak pada jam sekitar 0830 pagi pada 21 Mei 2022 (Sabtu).

 

Mangsa ketika kejadian sedang bersama ahli keluarganya duduk di tebing sungai sebelum secara tiba-tiba disambar seekor buaya dan terus hilang di dalam air setelah kejadian itu berlaku.

 

Susulan laporan itu, operasi SAR mangsa telah dimulakan pada hari yang sama iaitu 21 Mei 2022 (Sabtu) dengan bantuan pelbagai anggota daripada agensi dan jabatan kerajaan termasuk bantuan orang kampung.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/05/pelajar-sekolah-mengaku-bersalah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/peguam-heret-kerajaan-ke-mahkamah.html 

 


@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...