2022年5月28日土曜日

PELAJAR SEKOLAH MENGAKU BERSALAH MEMBULI JUNIOR - MAHKAMAH

PELAJAR SEKOLAH MENGAKU BERSALAH MEMBULI JUNIOR - MAHKAMAH

 


 PETALING JAY, SELANGOR: Seramai empat (4) pelajar sebuah sekolah menengah di Negeri Sembilan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Seremban atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar Tingkatan 1 pada Mei 13, 2022 yang lalu.


Menurut satu laporan Berita Harian, tiga (3) daripada tertuduh juvana itu berusia 15 tahun dan seorang lagi yang berusia 16 tahun membuat pengakuan bersalah, sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.


Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, mereka secara bersama dengan sengaja menyebabkan seorang pelajar junior yang berusia 13 tahun cedera parah dengan cara memukul, menerajang, menampar serta melemparkan kerusi dan meja kepada pelajar junior terbabit.


Kesalahan dilakukan kira-kira 12 tengah malam pada 13 Mei 2022 yang lalu di sebuah bilik asrama sebuah sekolah di Daerah Seremban, Negeri Sembilan.


Mereka didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun ataupun denda sehingga RM 2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Majistret telah menetapkan 22 Jun 2022 untuk mendengarkan laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman.


Terdahulu, keempat-empat pelajar itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira - kira jam 0900 pagi ditemani ibu bapa masing-masing. Manakala Ibu Bapa mangsa yang dibuli turut hadir.

 

Sebutan kes diadakan secara tertutup dengan Majisret meminta mahkamah dikosongkan dan hanya Ibu Bapa tertuduh juvana dibenarkan untuk berada di dalam kamar Mahkamah.

 

Media sebelum ini melaporkan mangsa dipercayai disepak, diterajang, dilempar dengan meja, dilempar dengan kerusi, ditampar, dipukul oleh beberapa pelajar senior sehingga menyebabkan mangsa pelajar junior lebam dan retak tulang pada pergelangan tangannya dalam kejadian buli tersebut.

 

Difahamkan remaja berusia 13 tahun tersebut telah dipanggil oleh pelajar senior ke sebuah bilik di asarama kerana dikatakan menimbulkan masalah.

 


 >>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/peguam-heret-kerajaan-ke-mahkamah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/lima-rentung-dan-pemandu-treler-didakwa.html 
 

 

@ Jackie San

 

 



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Akiyoshidai Quasi-National Park, Yamaguchi, Khusyu Japan

  https://youtu.be/tSYH9Lb_mJQ?si=SGJTCXt3ebf0i81x >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<