2022年6月20日月曜日

BEREGU WANITA BADMINTON NEGARA MASIH MENTAH DAN DITAHAP LEMAH

BEREGU WANITA BADMINTON NEGARA MASIH MENTAH DAN DITAHAP LEMAH 

 


KUALA LUMPUR, MALAYSIA :  Apa yang berlaku ketika Indonesia Masters memberi pengajaran dan terburuk drama yang berguna buat beregu wanita negara iaitu Pearly Tan-M Thinaah dan mereka perlu segera bangkit memperbaiki kelemahan buruk menjelang Terbuka Indonesia Selasa iaitu 14 Jun 2022.

 

Biarpun pada satu ketika mereka berada di landasan yang betul dan peluang yang amat cerak untuk memenangi perlawanan di separuh akhir itu namun akhirnya berkecai apabila tewas mudah di tangan wakil tuan rumah yang juga pilihan ketujuh, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 23-21, 14-21, 14-21 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, Indonesia.

 

Thinaah turut mengakui, dia akur mengenai kekalahan mudah kepada pasangan tuan rumah dan itu telah memberikan pengajaran berguna kepadanya dan juga kepada Pearly pasangannya untuk bangkit tidak mengulangi kesalahan yang sama pada permainan akan datang.

 

" Sudah pasti kami amat kecewa dengan kekalahan tipis ini. Tapi kami dapat belajar jelasnya. Lawan bermain dengan lebih baik daripada kami dan kurang melakukan kesilapan serta aksi mereka juga lebih konsisten berbanding kami yang agar kucar kacir.

 

" Kami mahu kembali bangkit di Terbukan Indonesia nanti. Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan mengenai sasaran kerana yang lebih penting adalah tingkatkan prestasi dan juga fokus satu demi satu perlawanan," kata Thinaah.

 

Biarpun impian untuk mara ke perlawanan akhir tidak kesampaian, namun pencapaian Pearly-Thinaah ini tidaklah boleh dianggap sesuatu yang membanggakan sukan badminton negara kerana banyak kelemahan dan juga kegagalan mereka bukannya sekali kepada pasukan badminton Malaysia amnya.

 

Pada aksi Terbuka Indonesia beregu nombor satu negara itu mereka akan berdepan rakan pasukan Teo Mei Xing-Anna Cheong di pusingan pertama.

 

Jika mereka mampu mengatasi Mei Xing-Anna, mereka boleh dijangka membuat perhitungan dengan pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota bagi merebut tiket ke suku akhir kejohanan bertaraf Jelayah Dunia BWF Super 1000 itu.

 

Kekalahan beregu wanita yang tepaksa akur kepada Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti, menunjukkan pasangan beregu wanita masih ditahap lemah dan perlu diperbaiki segera agar kemenangan boleh dikecapi mereka kelak.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/vietnam-akui-malaysia-sememangnya-akan.html 

 


@ Jackie San 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<