2022年6月17日金曜日

SKUAD HARIMAU MALAYA RAIKAN KEMENANGAN DI KELAB MALAM

SKUAD HARIMAU MALAYA RAIKAN KEMENANGAN DI KELAB MALAM

 


KUALA LUMPUR, MALAYSIA : " Memang jelas sebagai seorang pemain bola sepak mereka adalah umpama selebriti, jadi mereka perlulah membawa diri mereka dan jangan sambil lewa."

" Ianya boleh musnah sekelip mata."

 

Demikian satu peringatan dari jurulatih berpengalaman iaitu Mohd Azraai Khor Abdullah kepada barisan pemain negara terutama yang beragama Islam agar sentiasa menjaga imeg mereka apabila berada di khalayak ramai.

 

Ianya adalah susulan tular satu video apabila menampilkan beberapa pemain skuad Harimau Malaya sedang asyik meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 yang dipercayai berlaku di sebuah Kelab Malam baru-baru ini.

 

Menerusi satu video yang berdurasi lebih kurang lapan (8) saat itu dan telah tular di media sosial dan juga status WhatsApp yang sedang hangat dikongsikan, antara pemain yang dilihat dan tertera sebagai bukti kukuh dalam video berdurasi lapan (8) saat adalah Junior Eldstal, La'Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan juga Darren Lok. Selain itu tidak ketinggalan kelibat seorang pemain bola sepak Harimau Malaya yang beragama Islam turut sama berada di Kelab Malam tersebut.

 

Azraai turut berkata, meskipun bukan satu kesalahan meraikan kejayaan pasukan Harimau Malaya, namun ianya perlulah disambut secara berpada-pada serta di lokasi yang bersesuaian yang tidak menimbulkan keraguan serta syak wasangka buruk dari orang ramai.

 

Katanya lagi, sebagai seorang jurulatih profesional, beliau memahami situasi seperti itu, tetapi sentiasa mengingatkan anak buahnya untuk senantiasa menjaga kelakukan mereka apabila berada di luar padang.

 

" Dalam keadaan begitu (di Kelab Malam), persepsi orang ramai sudah tentu amat berbeza dan ianya akan membabitkan keluarga terdekat termasuk adik beradik malah menjejaskan hubungan kekeluargaan terutama kedua ibu bapa.

 

Bagaimanapun, Azraai amat memuji persembahan terbaik Harimau Malaya di bawah bimbingan Kim Pan-Gon yang mempunyai falsafah permainan yang jelas.

 

Skuad Harimau Malaya menduduki tangga kedua bagi Kumpulan E di peringkat kelayakan, sekali gus muncul antara lima (5) naib juara terbaik untuk beraksi di Piala Asia pada tahun 2023 nanti.

 

Mengimbauk kembali, Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada tahun 1980, sebelum beraksinya dan juga tiket tuan rumah bersama pada tahun 2007.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/raja-pecut-malaysia-azeem-tersingkir.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/vietnam-akui-malaysia-sememangnya-akan.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/vietnam-sea-games-worst-ever-sea-games.html 

 


 @ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/korea-selatan-julang-trofi-piala-asia.html

    返信削除

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<