2022年7月27日水曜日

ATAS KEBODOHAN SENDIRI, WANITA SANGGUP TIADA MARUAH HINA DIRI

HINA ISLAM TIADA KOMPROMI - DATUK IDRIS AHMAD

 

@Jackie San

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menghina Agama Islam dan menggugat keharmonian di negara ini.

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, perbuatan melampau seperti itu tidak harus dijadikan agenda normalisasi di negara ini.

 

" Saya ingin memberikan penegasan, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sekali-kali tidak akan berkompromi dengan apa-apa kejadian yang menghina kesucian Agama Islam, menghina Al-Quran dan Rasullullah SAW dan seumpamanya.

 

" Jika ia berlaku di Wilayah Persekutuan, saya minta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil langkah tegas membuka kertas siasatan untuk tujuan dibawa ke Mahkamah Syariah.

 

" Kalau ia berlaku di negeri kita ketahui, maka pihak berkuasa agama negeri akan ambil tindakan atau pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan ambil tindakan kalau tular dalam media sosial dan tidak diketahui lokasinya," katanya selepas merasmikan Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Isnin, 18 Julai 2022.

 

Beliau turut mengambil contoh kes wanita tular di media sosial selepas dikatakan menghina Agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, beliau berkata, perbuatan itu tidak harus dibiarkan berleluasa dan wanita tersebut memang berlaku bodoh dan tidak beragama.


" Seperti dilaporkan media, kandungan lawak komedi yang dipersembahkan juga menyentuh perkara sensitif yang menggangu-gugat keharmonian kemajmukan agama dan bangsa.


" Isu pentas komedi ini juga kita lihat Umat Islam khususnya berdiri teguh di belakang agensi kerajaan dan kita dapat melihat kehendak masyarakat yang mahu tindakan tegas diambil kepada pihak berkaitan yang menganjurkannya.


" Kita lihat di sini bahawa mereka yang menganjur dan memperlekehkan Agama Islam sebenarnya adalah kesan buruk ke atas agama mereka sendiri. Di mana mereka amat lemah dan tidak sembahyang atau menyembah Tuhannya maka, dengan tiadanya iman yang kuat maka sewenangnya berlaku bodoh sedemikian. Amat lawak golongan rendah mentaliti seperti wanita dan juga penganjur yang bodoh memerlukan orang ketawa melihat agama mereka sebenarnya.


" Kita tidak boleh sekali-kali membiarkan perkara ini dijadikan agenda normalisasi oleh sesetengah pihak seperti mereka yang memerlukan simpati dan akhirnya meraih duit ringgit memohon pertolongan bila disaman. Golongan sebegini amat miskin terhadap agama mereka maka, Islam menjadi punca," Jelasnya.


Sebelum ini, Siti Nuramira Abdullah, 26 tahun, yang mengaku Muslim dan menghafal 15 juzuk Al-Quran didakwa membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan komedi di kelab berkenaan, bulan lalu.


Dia didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur dan mengakut tidak bersalah atas pertuduhan menghina Agama Islam ketika membuat persembahan di kelab komedi itu.


Teman lelakinya V Alexander Navin, 38 tahun, juga didakwa di Mahkamah Seksyen atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di Instagram dan Youtube milik mereka.


Selain itu, seorang lelaki ditahan polis pada 17 Julai 2022 (Ahad) atas dakwaan menghina Agama Islam menerusi satu rakaman video di media sosial dan dia telah direman empat hari sehingga Khamis, 21 Julai 2022.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jom-kenali-10-kucing-termahal-di-dunia.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html 



@ Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

FINAL Kumamoto Masters Japan 2024 Leong Jun Hao

   https://youtu.be/Yz5dbqq1o-U?si=C2ldaKT7Cy5VCm1L >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<