2022年7月20日水曜日

PENYERTAAN SWEDEN & FINLAND DALAM NATO DIBEKUKAN - TURKI

PENYERTAAN SWEDEN & FINLAND DALAM NATO DIBEKUKAN - TURKI

 

@Jackie San

ISTANBUL, TURKI:Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada 18 Julai 2022 (Isnin) memperbaharui ancamannya untuk 'MEMBEKUKAN' tawaran keahlian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kepada Sweden dan juga Finland, melainkan pakatan tentera itu mematuhi syarat Ankara.

 

Pada sidang kemuncak NATO di Madrid pada akhir Jun 2022, Erdogan menyeru kedua-dua negara untuk 'melaksanakan bahagian mereka' dalam memerangi keganasan selain menuduh mereka menyediakan tempat perlindungan bagi militan Kurdish.

 

Sebelum sidang kemuncak tiga (3) penjuru dengan Russia dan Iran, Erdogan berkata kepada pemberita bahawa, ' beliau mengulangi sekali lagi akan membekukan proses jika negara-negara itu tidak mengambil langkah yang perlu untuk memenuhi syarat mereka.'

 

" Kami amat menyedari bahawa Sweden tidak mempunyai imej yang baik mengenai isu ini," tambah pemimpin Turki itu.

 

Awal bulan Julai 2022, NATO memulakan prosedur penyertaan untuk Sweden dan Finlad selepas perjanjian dicapai dengan Turki, yang sebelum ini menghalang negara-negara Nordik daripada menyertai mereka.

 

Erdogan menuduh kedua-dua negara sebagai tempat perlindungan militan Kurdish, yang menonjolkan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan mempromosikan 'KEGANASAN'.

 

Di Washington, jurucakap Jabatan Negara, Ned Price tidak menjawab secara langsung apabila ditanya mengenai kenyataan Erdogan tetapi merujuk kepada lampu hijau Turki semasa sidang kemuncak NATO terhadap keahlian NATO bagi negara-negara Nordic.

 

" Turki, Finland, Sweden, mereka menandatangani memorandum tiga (3) hala di Madrid untuk menggerakkan proses ini.

 

" Amerika Syarikat (AS) akan terus bekerjasama dengan ketiga-tiga negara itu untuk memastikan bahawa proses penyertaan dan ratifikasi ini - di sini dan di seluruh dunia - adalah sepantas dan cekap yang mungkin," kata Price kepada pemberita.

 

Erdogan dijangka menaiki pesawat ke Tehran pada 18 Julai 2022 (Isnin) untuk rundingan dengan Presiden Russia, Vladimir Putin dan Presiden Iran, Ebrahim Raissi, yang mana diharap mendapat lampu hijau untuk campur tangan bersenjata di barat laut Syria.

 

Ankara sudah pun menyatakan ancaman itu sejak akhir Mei untuk melancarkan operasi bagi mewujudkan 'Zon Keselamatan' sepanjang 30 kilometer di sepanjang sempadannya bagi menangani pejuang Kurdish yang melancarkan pemberontakan terhadap negara Turki.

 

Tehran dan juga Moscow pula menyatakan bantahan mereka terhadap serangan sedemikian. Russia, Turki dan Iran adalah pemain utama dalam perang yang melanda Syria sejak Tahun 2011, dengan Moscow dan juga Tehran menyokong rejim Bashar Al-Assad dan Ankara menyokong pemberontak.

 

>>>BACA LEBIH LANJUT BERITA DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2022/07/insulted-prophet-muhammad-4-nabbed-for.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/sri-lanka-bankrupt-because-runs-out-of.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/after-eat-fewer-eggs-state-ministry.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/where-rm-7-mil-was-from-says-would-be.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/separation-of-agc-failed-and-lack-of.html 



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<