NEGARA PERLU PENYELESAIAN SEGERA ISU
' MAT REMPIT '
PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP) menuntut pihak berkuasa supaya menghentikan segera ancaman " MAT REMPIT " untuk selama-lamanya.
Masalah lumba haram di jalanan telah berlarutan selama beberapa dekat tanpa sebarang penyelesaian kukuh bagi membanteras masalah sosial itu.
Dengan kejadian di Lebuh Raya Lim Chong Eu baru-baru ini, kini sudah tiba masanya untuk kerajaan Malaysia dan juga pihak berwajib seperti PDRM dan JPJ yang mana dikenali sebagai pihak memang berkuasa dan mempunyai kuasa berkaitan kerja masing-masing perlu untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian yang kekal bagi mengekang masalah ini dari berlarutan.
Pihak berwajib umpama duduk diam sahaja.
Kebanyakan pelumba haram jalanan ini adalah golongan belia dan melakukan semua aksi di atas motosikal mereka tanpa mengambil kira keselamatan mereka dan juga pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, pelumba jalanan ini juga cenderung untuk mengubah suai motosikal mereka menjadi mesin lumba dan juga pengubahsuaian itu dilakukan oleh pengusaha kedai motosikal.
Oleh sebab itu, kerajaan mesti melarang sama sekali seluruh kedai-kedai ini daripada melakukan sebarang pengubahsuaian.
Pasukan petugas pelbagai agensi perlu ditubuhkan untuk mempertimbangkan bagi menjenayahkan mereka yang mengubahsuai motosikal terutama pemilik dan pengusaha kedai, sementara motosikal yang dirampas itu kerana terlibat dalam perlumbaan haram perlu dimusnahkan serta-merta.
Selain itu juga, pelumba haram ini mestilah diarahkan untuk melakukan tugas sosial seperti mana yang diamalkan oleh negara jiran kita seperti Singapura di bawah Perintah Kerja Pemulihan (CWO).
Kebanyakan orang menyalahkan mat rempit semata-mata kerana masalah disiplin yang lemah di sekolah mahupun di rumah. Semua ini boleh dikesan kembali kepada jenis sistem pendidikan yang kita ada pada hari ini.
Disiplin perlu dipupuk sejak kecil lagi sehinggalah anak-anak menjadi dewasa. Mereka membawa semua yang mereka perolehi di sekolah dan juga di rumah ke alam dewasa mereka dan juga ke alam dunia luar.
Hari ini, pihak polis menjadi amat sukar untuk menguatkuasakan undang-undang kerana penguatkuasaan yang lemah selam aini dan juga campur tangan politik yang umpama menyokong perlumbaan haram golongan ' MAT REMPIT ' di jalan raya.
Selain itu sikap berpuas hati dalam mendisiplinkan anak-anak oleh golongan ibu bapa yang amat memanjakan anak-anak membuahkan hasil ke atas permasalahan sebegini.
Golongan ibu bapa yang memuja-mujakan serta memanjakan anak-anak mereka adalah penyumbang utama masalah sebegini.
Ibu bapa perlu bertanggungjawab terhadap anak-anak mereka dan mengambil tahu apa yang anak-anak mereka lakukan sepanjang masa. Mereka tidak boleh mengaku bahawa mereka tidak tahu jika anak-anak mereka tidak tidur lagi pada lewat malam sehingga awal pagi.
Pihak berkuasa perlu mendidik ibu bapa muda mengenai perancangan keluarga dan keibubapaan yang baik. Merek amungkin bergelut untuk mencari nafkah semata-mata demi untuk memastikan kebajikan keluarga atau jika tidak anak-anak ini adalah daripada keluarga yang memang bermasalah.
Pihak berkuasa juga diharapkan untuk lebih tegas dengan para ibu bapa dan juga harus menguatkuasakan undang-undang dengan sewajarnya serta dipercepatkan penguatkuasaan.
>>>BANYAK LAGI BERITA DI SINI<<<
https://www.jacknjillscute.com/2021/07/solidarity-of-world-singaporeans.html
https://www.jacknjillscute.com/2021/04/why-married-man-bisexual.html
https://www.jacknjillscute.com/2021/07/why-muscular-men-are-gay.html
https://www.jacknjillscute.com/2021/07/what-issues-on-refugees-in-malaysia.html
@ Jackie San
https://www.jacknjillscute.com/2022/07/akibat-curi-sekadar-milo-maka-seorang.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2022/07/darurat-di-sri-lanka.html
返信削除