PAGES

2022年8月22日月曜日

PANDALELA MENGECEWAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, HARAPAN MERAIH PINGAT BUAT NEGARA

PANDALELA MENGECEWAKAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA, HARAPAN MERAIH PINGAT BUAT NEGARA

@Jackie San

 

BIRMINGHAM, KOMANWEL 2022: Ratu terjun negara, Datuk Pandalela Rinong masih gagal dalam usahanya untuk membawa sekurang-kurangnya satu pingat dalam acara disertai dirinya.


Selain itu, yang lebih mengejutkan lagi, acara wanita 10 meter (m) platform Sukan Komanwel 2022, acara kegemaran Pandalela beliau hanya berjaya menduduki tempat ke-11 daripada 12 penerjun, di Pusat Akuatik Sandwell.


Pandalela yang hanya berjaya mengumpulkan 260.90 mata, menerima 63.00 pada terjunan pertama, sebelum memperbaiki terjunan keduanya dengan menerima 66.7 mata.

 

Bagaimanapun aksi terjunannya selepas itu terus menurun dan menunjukkan aksi yang merisaukan seluruh peminat sukan terjun negara. Aksi yang begitu hambar ditunjukkan dengan hanya mengutip mata 52.80 untuk terjunan ketiga, terjunan ke-4 pula dengan 33.60 dan terburuk Pandelala lakukan menyakinkan kita semua bahawa beliau memang tidak akan mencapai kilauan apa-apa pingat sepanjang menyertai Sukan Komanwel 2022 ini. Pada terjunan terakhirnya pula, beliau hanya mengumpul dan menyumbangkan 44.80 mata dan memastikan beliau ditangga terakhir ketika itu.

 

Penerjun tuan rumah menguasai dua (2) tempat teratas dengan Andrea Sirieix, 17, dengan terjunan yang cemerlang, membawa pulang pingat emas dengan mengumpulkan 357.50 mata, manakala Lois Mae Toulson, menang perak (337.30 mata).

 

Manakala penerjun Kanada yang mengumpulkan 317.50 mata, memberikan pingat gangsa kepada kontigen mereka.

 

Pandelela pula yang pernah memenangi pingat emas pada edisi New Delhi tahun 2010 dan perak di Glasqow 2014, mengakui bahawa hari pertama berlangsungnya acara terjun ini, bukan hari untuknya.

 

Pandelela juga memaklumkan bahawa, lompatan beliau tidak baik, sedikit sedih akibat tidak memberikan lompatan yang terbaik pernah beliau lakukan. Beliau juga turut memaklumkan bahawa beliau hadir di bumi Birmingham terkejar-kejar dan memenatkan "jetlag"...kadang-kadang hari ini hari anda, namun hari ini bukan untuk dirinya," jelas Pandelela kepada media ketika ditemui selepas acara tersebut.

 

Namun atlet dari Bumi Kenyalang itu berjanji untuk kembali dengan lebih baik dan berharap akan dapat melakukan persembahan terjunan yang lebih konsisten pada dua lagi acara yang akan disertainya iaitu wanita 10 m plaform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri dan 10 m platform seirama campuran bersama Jellson Jabilin.

 

Pada masa yang sama, beliau akui bahawa agak sukar untuk memenangi pingat di Birmingham selepas penerjun lain telah memberikan cabaran hebat terutamanya penerjun tuan rumah, Sirieix dan Toulson.

 

" Hari ini hari mereka, jadi saya ucapkan tahniah kepada mereka berdua," katanya.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/skuad-memanah-negara-kecundang-lagi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/muhammad-azeem-gagal-menyumbang-pingat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/hamzah-menteri-bodoh-goblok-hanipa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/darurat-di-sri-lanka.html 

 


@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿