PAGES

2022年8月16日火曜日

WANITA DIGILIS BERKALI KALI DENGAN KENDERAAN UTILITI SUKAN (SUV) HINGGA MAUT

WANITA DIGILIS BERKALI KALI DENGAN KENDERAAN UTILITI SUKAN (SUV) HINGGA MAUT

@Jackie San

 

AMAT KEJAM !!!

Digambarkan akibat satu kejadian yang menimpa wanita di Tangshan, Hebei, China ini yang maut selepas digilis dengan kenderaan SUV oleh teman lelakinya.


Lebih menyedihkan lagi wanita yang bernama Wang berkenaan bukan sahaja dilanggar sekali, malah berulang-ulang kali sehingga maut.


Seperti yang dilaporkan oleh Straits Times yang melaporkan pasangan itu terdahulu telah bertengkar. Rakaman video yang tular menerusi satu laman sosial Weibo memaparkan wanita itu dilanggar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga terjatuh.


Difahamkan juga terdapat dua (2) orang awam yang berada berhampiran cuba untuk membantu dengan mengeluarkan wanita berkenaan dari bawah kenderaan.


Namun teman lelakinya yang bernama Zhang bertindak kejam dan terus menghidupkan kembali enjin dan menggilis tubuh wanita itu yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan berulang- ulang kali.


Wanita itu yang mengalami cedera parah kemudian dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia.


Teman lelaki Wang yang amat kejam tersebut bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum Zhang ditahan polis kira-kira tiga (3) jam kemudian.


Kejadian yang berlaku di kawasan kolam renang awam itu menjadi tular hingga menimbulkan isu keganasan terhadap wanita dalam kalangan masyarakat di China.


Meetmindful.com mencadangkan agar lima (5) petanda yang perlu dilihat pada lelaki untuk mengelakkan masalah pada hubungan.


Wanita, jika ada petanda buruk atau ' red flag ' ini, janganlah diabaikan.

 

5 - Petanda Iaitu :

 

a - Pasangan yang mudah marah, menjerit atau melemparkan sesuatu.

 

b -  Memiliki tanda-tanda tingkah laku berahsia atau pembohongan yang berlebihan.

 

c -  Menunjukkan perubahan drastik dan mendadak dalam tingkah laku dan / atau perasaan.

 

d -  Pasangan adan menunjukkan tanda - tanda tingkah laku yang melampaui batas.

 

e -  Tidak pernah meminta maaf atas kesalahan.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/08/hamzah-menteri-bodoh-goblok-hanipa.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/atas-kebodohan-sendiri-wanita-sanggup.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/tuntutan-ke-atas-sulu-media-dilarang.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html 

 


@ Jackie San

 



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/anggota-polis-jururawat-dera-bayi.html

    返信削除