2022年9月18日日曜日

NEGARA AFRIKA MARTABATKAN SERANGGA BERGUNA KELANGSUNGAN KEHIDUPAN SEHARIAN

NEGARA AFRIKA MARTABATKAN SERANGGA BERGUNA KELANGSUNGAN KEHIDUPAN SEHARIAN

 

@Jackie San

HARARE, AFRIKA: Rakyat Afrika yang dilanda kebuluran digalakkan untuk memakan serangga menerusi sebuah projek yang akan dilaksanakan di Republik Demokratik Congo dan juga Zimbabwe.


Dipetik dari Laporan The Guardian, projek bantuan dari United Kingdom yang berjumlah 50,000 pound (RM 257,000) akan meletakkan ulat beluncas, belalang dan juga lalat dalam senarai menu sihat tersebut.

 

Serangga yang boleh dimakan memiliki sumber protein yang tinggi dan juga memerlukan lebih tanah dan juga air daripada ternakan dari kategori konvensional. 


Bagaimanapun, rasa dan juga budaya menjadi batu penghalang dalam meluaskan lagi amalan di kebanyakan negara di dunia.


Inisiatif ini diterajui oleh Wilayah Kivu Utara dan juga selatan Congo dengan penternakan lembu adalah cara mencari rezeki bagi penduduk di luar bandar tersebut.


Namun, apabila populasi di kawasan ini bertambah, maka ruang untuk aktiviti penternakan semakin terjejas dan berkurangan serta menyebabkan aktiviti penternakan seperti daging lembu menurun dan turut menjejaskan kepada bekalan air.


Sebanyak 23 serangga yang boleh dan biasa dimakan di wilayah Kivu selatan termasuk kumbang, anai-anai dan juga serangga seperti cengkerik.


Sementara itu juga, di Zimbabwe, sebuah lagi projek pembangunan dijalankan untuk menggunakan cacing mopane dalam hidangan bubur di sekolah.


Projek itu telah disenaraikan dalam laman web Pejabat Komanwel, Pembangunan dan Luar Negara bagi 'menggalakkan pengeluaran serangga untuk makanan manusia dan kegunaan dalam pembuatan makanan haiwan.'


Inisiatif itu dikatakan bermula dari Mac hingga Disember 2022 dengan dana disediakan oleh Agensi Katolik Pembangunan Luar Bandar (Cafod).


Cafod adalah merupakan sebuah badan amal di Negara England dan Negara Wales.


Agensi itu menjelaskan tanggapan salah yang mendakwa program itu 'menggalakkan orang ramai untuk memakan serangga'.


" Ini adalah projek tempatan untuk menternak serangga dan memberi makanan kepada ikan agar dapat memastikan haiwan itu lebih kaya dengan protein apabila dimakan," jelasnya.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL BERGUNA DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/15000-pokok-durian-mousang-king-selesai.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jom-kenali-10-kucing-termahal-di-dunia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/kaedah-kawalan-perosak-serangga-tanaman.html 



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/03/vaksin-covid-19-berjaya-dihasilkan-oleh.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/10/kilang-fusuk-penuh-najis-tikus.html

    返信削除

Featured post

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO

ARCHBISHOP OF TOKYO KIKUCHI BECOMES A CARDINAL IN CATHOLIC CHURCH - TOKYO @Jr_Paku Midin Channel ROME Pope Francis on Saturday held a ceremo...