2022年11月28日月曜日

ORANG KITE DISOGOKKAN RM10 BERAS DAN MINYAK PETROL APAKAH GANJARAN NYA ? APAKAH MOTIF PILIHAN RAYA 2022

ORANG KITE SENTIASA MENGHARAPKAN GANJARAN ? APAKAH MOTIF PILIHAN RAYA 2022 

 

@Jackie San

"BEBERAPA TAHUN YANG LALU, SEMASA MELALUI JALAN BELAKANG SEKITAR SEPANG, SELANGOR TIBA-TIBA PERJALANAN KAMI DIHURUNGI OLEH SEKUMPULAN MAT REMPIT"

 

Hanya beberapa kilometer kemudiannya, sekumpulan itu bersusun beratur di stesen minyak. Baru saya sedar bahawa Najib Razak waktu tersebut memberikan petrol percuma di sana. Seperti lebah yang menghurung madunya, radar sekumpulan ini juga tahu bilamana adanya hadiah percuma sebegini.

 

Ketika itu barulah disedari bahawa mengekalkan lambakan pengundi muda Melayu miskin yang ketagihan hadiah percuma adalah satu strategi yang menguntungkan pemimpin-pemimpin kita seperti contohnya Najib Razak dan sebagainya. Ia adalah simpanan tetap undi bagi Ahli Politik yang licik bila datangnya pilihan raya.

 

Justeru itu, sekarang ini, situasi cemas dan resah dapat dilihat. Apa yang disebut oleh Zahid Hamidi sebagai "IBU KEPADA SEMUA PILIHAN RAYA" ini, barangkali akan diputuskan oleh undi orang Melayu sebegini, di mana para pemimpin Barisan Nasional dan seadanya telah menyuap begitu banyak "MAKAN PERCUMA" - dan beberapa yang lain lagi di Negara kita.


Saya terpanggil juga bahawa dalam hidup, tiada benda yang percuma. Apabila seseorang menawarkan anda sesuatu secara percuma, mereka akan mengharapkan sesuatu sebagai balasan.


Dan benda yang percuma sebegini boleh menjadi sangat mahal, terutamanya apabla ia termasuk soal harga maruah, kebebasan dan peluang seseorang.


Namun, dapat makan percuma atau mengisi minyak percuma sebagai pertukaran dengan undi nampaknya bukanlah harga yang terlalu tinggi untuk dibayar...kan???


Ia booleh juga dijadikan sebegitu jika ia bermakna bahawa seseorang dibiarkan menjadi terlalu miskin, sehinggakan setangki petrol percuma itu yang dimahukannya. Atau jika seseorang itu terlalu "DIPATAHKAN KAKINYA", sehingga mereka memerlukan dasar kuota bagi mengatasi persaingan. Atau jika seseorang itu menjadi pengemis, yang hanya menunggu sisa di stesen minyak!


Selepas lima (5) dekad dasar tindakan afirmatif, apa yang bermaruahnya dengan keadaan sebegini? Apakah yang difikiarkan oleh pemimpin UMNO ini?


Bukankah Dr Mahathir Mohamad sendiri yang mengatakan bahawa orang Melayulah yang masih mengemis di negara sendiri ?


Namun, siapa pula yang selama ini menerajui negara dan mempunyai semua peluang bagi melakukan perubahan yang penting bagi orang Melayu, jika bukannya UMNO yang dipuja-puja oleh masyarakat Semenanjung Malaysia dan Sabah ?


Jadi, tertanya-tanya di sini sekarang, adakah ini "MARUAH MELAYU" versi UMNO ?


Saya lahir dan dikelilingi oleh orang Melayu sepanjang hayat saya. Kebanyakan mereka adalah orang yang baik hati dan patuh kepada Tuhan. Seperti yang difahami, Islam mengajarkan seseorang untuk beriman kepada rezeki, ihsan, rahmat, serta dalam soal memberi dan menerima apa itu sedekah dengan penuh keikhlasan, rendah diri dan sentiasa bersyukur.


Ironinya, sifat-sifat sebegini jugalah yang menjadikan ramai orang Melayu menjadi sasaran mudah untuk para oportunis dan penipu yang tidak bertanggungjawad dan tidak berintegriti yang telah belajar bagaimana hanya untuk memberi ganjaran dengan harapan mendapatkan sesuatu sebagai balasan. Tiada Muslim yang baik akan selesa " MENGIGIT" tangan yang mereka percaya telah memberi mereka makan. Ia merupakan masalah yang amat serius.


Syarikat berkaitan kerajaan tertentu seperti FELCRA dan RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah), yang telah ditubuhkan untuk membantu orang Melayu menjadi makmur, kini mengumumkan pemberian malah semuanya menghapuskan hutang kononnya.


Mungkin sudah tiba masanya untuk bertanya kepada pemimpin ini beberapa soalan yang sukar kiranya.


Adakah watu pembayaran ini boleh difahami sebagai dorongan untuk mempengaruhi undi?


Atau adakah ini cubaan mereka untuk mengalih pandangan serta menenangkan ahli mereka memandangkan prestasi syarikat yang patut dipersoalkan ketika ini?


Kebanyakan syarikat berkaitan kerajaan kita telah mendapat rekod prestasi yang amat lemah, bahkan sebelum pandemik COVID-19 melanda lagi sudah demikian. FELDA dan TABUNG HAJI merupakan syarikat yang sememangnya berprestasi lemah.


Malah POS LAJU juga telah gagal untuk bersaing dengan syarikat kurier swasta yang telah berkembang pesat semasa penutupan pandemik. Malaysia Airlines juga sudah terlalu banyak kali berada dalam keadaan nazak.


Menyelamatkan syarikat yang gagal, mengabaikan laporan audit yang buruk, dan menyalahgunakan kuasa seseorang untuk melindungi CEO dan pemimpin yang totally tidak BERINTEGRITI telah menjadi budaya di negara ini terlalu lama.


Kerosakan yang dilakukan oleh amalan sebegini cukup melumpuhkan. Hanya kerana 22 bulan pemerintahan PAKATAN HARAPANLAH yang membuatkan Najib masuk penjara dan "KELOMPOK MAHKAMAH" sedang menunggu perbicaraan dan perbicaraan rayuan mereka.


Sebagai ibu bapa dan guru yang bertanggungjawab, cara mudha untuk "menyelamatkan" kanak-kanak apabila mereka menghadapi masalah atau menutup sebelah mata apabila mereka melakukan kesalahan adalah resipi sebuah kegagalan. Jadi mengapa kita menyelamatkan syarikat berkaitan kerajana yang gagal ini berulang kali? TIDAK SERIK KAH ATAU MAHU RUGI SELAMANYA ???SERONOK KAU BEGITU YA !!!


Kemiskinan di kalangan orang Melayu masih berterusan walaupun tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar ini telah melihat bagaimana imbuhan, duit komisen, faedah dan bonus yang tidak berkesudahan selama lebih lima dekad. Namun begitu, orang Melayulah yang terus menjadi antara demografi termiskin di negara ini.


Di Manakah Silapnya ???


Setelah menjadi ibu bapa dan guru, bolehlah dikongsikan di sini satu atau dua perkara tentang proses pembelajaran. Contohnya kanak-kanak, usahawan dan ahli perniagaan perlu belajar untuk berkembang maju dengan beberapa jenis kesukaran sebelum mereka dapat mengembangkan kekuatan, watak, ketabahan dan ketahanan.


Melakukan kesilapan adalah sebahagian daripada proses. Seperti kanak-kanak, mereka juga perlu jatuh dan menguis calar di lutut - selagi ada seseorang bagi membantu mereka untuk bangkit semula.


Dikatakan  bahawa keluli paling keras berasal dari relau yang paling panas. Terlalu banyak perlindungan dan terlalu banyak peluang mudah dalam menggunakan kuota telah gagal dalam memberikan kesukaran yang perlu diatasi oleh orang ramai, dalam mencapai potensi penuh mereka.


Oleh yang demikian, berbanding hanya takut kepada sesetengah etnik minoriti, sudah tiba masanya untuk takut kepada ahli politik yang datang menyakan hadiah ketika ini. Percaya atau tidak jika kiranya kita terus berusaha berdasarkan perpecahan kaum, ramai orang Melayu akan kekal miskin.

 

Mungkin sudah tiba masanya untuk melihat ahli perniagaan etnik Cina dan profesional daripada etnik India sebagai rakan kongsi dan bukannya sebagai musuh. Banyak yang boleh kita semua pelajari antara satu sama lain.

 

Kita perlu meratakan padang permainan - walaupun dalam usaha untuk bersikap adil, beberapa tindakan afirmatif dan beberapa peluang pastinya amat diperlukan, pada mulanya. Mereka harus bertindak sebagai perancah untuk mengekalkan pertumbuhan dan juga kekuatan. Mereka diperlukan sebagai kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat.

 

Inilah yang pada mulanya disasarkan menerusi DEB pada tahun 1970an, untuk tempoh 20 tahun sehingga 1990 - namun ianya GAGAL! Kemudian ia dilanjutkan pula selamat 30 tahun lagi sehingg 2020 - dan ia GAGAL SEKALI LAGI! Hari ini, tiada lagi tempoh waktu atau matlamat; hanya jurang yang mendalam tanpa harapan dengan hadiah percuma yang tidak berkesudahan.

 

Apabila teknologi digital mengubah semula cara kita hidup, bekerja dan bermain, sempadan kaum dan fizikal akan menjadi semakin hilang makna. Dalam dunia sebegini, sejauh manakah orang Melayu dapat berjaya ???

 

Sudah tiba masanya untuk lebih ramai orang Melayu biasa menyedari bahawa formula UMNO bagi mendapatkan ganjaran serta pemberian percuma tidak akan memberi manfaat untuk kebaikan jangka panjang masyarakat. Sudah tiba masanya orang Melayu mengundi pemimpin muda baharu yang tidak gentar menghadapi perubahan dan berfikiran terbuka, adil, beretika, berintegriti, rajin, bertanggungjawab, tiada perkauman serta jujur.

 

Kita memerlukan pemimpin yang akan mengutamakan orang miskin dan membasmi apa itu kemiskinian, tanpa mengira kaum. Kita perlu kembali hidup dengan matlamat dna bersedia untuk mengharung liku-liku kehidupan yang sukar.

 

Dunai berubah begitu cepat untuk kita hidup dalam ketakutan antara satu sama lain. Sudah tiba masanya kita menghadapi dunia bersama-sama sebagai RAKYAT MALAYSIA.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/12/rakyat-sarawak-tidak-terima-parti-dap.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/isu-perkauman-tuan-rumah-termasuk.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/pas-yakin-akan-menguasai-rakyat-negeri.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mesyuarat-mkt-umno-tiada-keperluan-bagi.html 

 

 

 


@Jackie San

 

 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Kumamoto FINAL Badminton

   https://youtu.be/Yt2wtRMtwJM?si=GIrIdqMfBcIbfGN4 >>>MORE VIDEO JUST CLICK HERE<<<