AMAT KEJAM ANGKARA PEREMPUAN LAIN PEMUDA 20 TAHUN BUNUH, KERAT & BAKAR TEMAN WANITA YANG SEDANG HAMIL DI SABAK BERNAM SELANGOR
@Jackie San |
" Motif lelaki itu membunuh dan membakar teman wanitanya di Sabak Bernam adalah untuk merahsiakan kehamilan mangsa yang sudah berusia empat bulan. "
Mayat seorang wanita yang bekerja sebagai pelayan restoran ditemui oleh orang ramai semalam (23 Mei) sekitar jam 8:10 pagi di belukar kebun kelapa sawit ketika dalam keadaan mengerikan.
Memetik laporan Harian Metro, wanita berusia 21 tahun itu telah dibunuh di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernam, Selangor oleh teman lelakinya terlebih dahulu sebelum dibakar.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias memaklumkan pihak polis telah menahan seorang suspek disyaki teman lelaki kepada mangsa yang telibat dalam kes pembunuhan tersebut.
Motif Pembunuhan Dipercayai Untuk Merahsiakan Tentang Kehamilan Teman Wanita
Hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan wanita berkenaan adalah untuk merahsiakan kehamilan berusia empat bulan selepas mereka dipercayai melakukan hubungan seksual.
Jelas Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Suspek juga mengakui telah memukul kekasihnya sehingga pengsan ketika mereka berdua keluar menaiki sebuah kereta milik keluarga suspek pada Isnin lalu (22 Mei, 2023).
Lebih parah lagi, suspek bertindak menikam perut mangsa menggunakan pisau untuk mengeluarkan kandungan ketika wanita tersebut pengsan selepas dipukul.
Suspek Bakar Mangsa Sehingga Dua Kali Pada Hari Berlainan Untuk Menghapuskan Bukti Pembunuhan !!!
Suspek kemudian membakar mangsa menggunakan petrol selepas membunuh teman wanitanya.
" Untuk menghapuskan bukti dia telah membunuh dan membakar teman wanitanya, suspek sekali lagi datang ke lokasi kejadian pada keesokan harinya dengan menaiki motosikal untuk membakar mayat mangsa buat kali kedua. "
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
" Pihak polis telah melakukan ujian saringan air kencing terhadap suspek dan menunjukkan keputusan negatif. Suspek juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. "
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias.
Permohonan reman terhadap suspek telah dibuat hari ini (24 Mei, 2023) di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan direman selama enam hari sehingga 29 Mei di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
>>>READ MORE ARTICLE HERE<<<
https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html
https://www.jacknjillscute.com/2021/12/ipd-kuala-kangsar-tahan-4-pelajar.html
https://www.jacknjillscute.com/2022/04/kematian-remaja-basikal-belum-terungkai.html
https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html
https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wanita-india-dirogol-dibunuh-dibakar.html
https://www.jacknjillscute.com/2022/06/curahan-air-panas-mengelegak-ke-badan.html
https://www.jacknjillscute.com/2022/06/19-murid-2-guru-mati-ditembak-texas.html
https://www.jacknjillscute.com/2023/02/sedih-remaja-indonesia-sanggup-bunuh.html
@Jackie San
0 件のコメント:
コメントを投稿