2024年3月29日金曜日

#VIRAL - PDRM TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT KES BUNUH PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH

#VIRAL - PDRM TUBUH PASUKAN KHAS SIASAT KES BUNUH PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH 

@Jackie San

Kota Kinabalu: Polis Sabah sudah menubuhkan pasukan petugas khas (Task Force) bagi membantu siasatan berhubung kes buli sehingga menyebabkan seorang pelajar Kolej Vokasional di Lahad Datu maut.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan petugas khas berkenaan akan diketuai oleh Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Siasatan dan Perundangan Sabah, Asisten Komisioner Cyril Edward Nuing @ Hillary.


Katanya, tujuan pasukan ini ditubuhkan adalah bagi memastikan ketelusan siasatan PDRM dalam menangani isu berkaitan kes ini. 


“Tahanan reman akan berakhir 29 Mac ini dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala jumlah tahanan setakat ini masih seramai 13 orang.


“Pasukan ini akan memastikan siasatan berjalan dengan cepat, profesional dan teratur,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-217 Kontinjen Sabah di Auditorium Tingkat 5, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.


Jauteh berkata, setakat ini, pihak polis masih belum dapat mengeluarkan laporan penuh berhubung keputusan bedah siasat.


Katanya, ia bagi mengelakkan daripada timbulnya sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.


“Proses bedah siasat sudah dilaksanakan, namun bagi mengelakkan sebarang spekulasi, pihak polis masih belum dapat didedahkan.


“Selain daripada itu, beberapa individu termasuk warden dan pelajar lain sudah dipanggil untuk rakaman percakapan,” katanya.


Sementara itu, Jauteh menasihati orang ramai terutamanya pelajar sekolah supaya tidak melakukan sebarang jenayah termasuk buli.


Katanya, insiden kali ini diharap dapat memberikan kesedaran tinggi kepada semua pihak bukan saja pengurusan sekolah tetapi juga Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) di setiap sekolah.


“Polis akan sentiasa bekerjasama dan memberi bantuan diperlukan bagi mengelakkan kejadian seperti ini kembali berlaku,” katanya.


Terdahulu, pelajar berumur 17 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas jam 6.50 pagi, pada 22 Mac lalu.


Pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu dalam program Bioteknologi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Hospital Lahad Datu yang hadir untuk memberikan rawatan kecemasan.


>>>BANYAK LAGI ARTIKEL KLIK BACA DI SINI<<<


https://www.jacknjillscute.com/2024/03/kolej-vokasional-lahad-datu-sabah.html


https://www.jacknjillscute.com/2023/12/amat-kejam-kematian-zharif-bapa-belum.html


https://www.jacknjillscute.com/2023/12/apa-motif-pegawai-kanan-pdrm-perak.html


https://www.jacknjillscute.com/2022/08/bekas-pegawai-tertinggi-tentera-akan.html


https://www.jacknjillscute.com/2022/08/dibakar-hidup-hidup-remaja-dituduh-curi.html


https://www.jacknjillscute.com/2022/05/tidak-serik-kes-buli-pelajar-di-sabah.html




@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA

KOREAN A-BOMB SURVIVORS TO ATTEND NOBEL PEACE PRIZE CEREMONY -SEOUL KOREA  @Jr_Paku Midin Channel SEOUL Groups of Korean survivors of the U....