2024年7月29日月曜日

6 PEMBUNUH ZULFARHAN KE TALI GANTUNG, SUHAKAM MAHUKAN KEADILAN KE ATAS PEMBUNUH

6 PEMBUNUH ZULFARHAN KE TALI GANTUNG, SUHAKAM MAHUKAN KEADILAN KE ATAS PEMBUNUH 

@Jackie San

HUKUMAN GANTUNG SAMPAI MATI dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dibantah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).


Perkara itu diluahkan menerusi satu kenyataan pada Khamis dengan hukuman sedemikian diangap bukan penyelesaian yang adil mahupun berkesan.


“Walaupun kami dapat merasakan kesedihan dan keperitan keluarga mangsa serta mengiktiraf tahap keseriusan jenayah itu, Suhakam tegas dengan pendirian menentang penggunaan hukuman mati.


"Keputusan Mahkamah Rayuan Selasa lepas ialah peristiwa yang menyedihkan dalam sejarah kehakiman negara," katanya.


Tambahnya, hukuman mati tidak memberi peluang kepada pesalah menjalani pemulihan dengan ia diyakini mampu mengubah pesalah menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada masyarakat.


"Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas, tetapi juga membantu mencegah kejadian sama berulang dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.


"Sehubungan itu, Suhakam menggesa kerajaan mempertimbangkan semula penggunaan hukuman mati, sebaliknya berusaha ke arah membentuk sistem keadilan yang adil dan berperikemanusiaan," katanya.


Terdahulu, Mahkamah Rayuan pada Selasa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas mereka didapati bersalah membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tujuh tahun lalu.


Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan.


Allahyarham Zulfarhan dilaporkan diserang tanpa henti selama dua hari, dari 21 hingga 22 Mei 2017, kerana didakwa mencuri komputer riba.


Pakar patologi, Dr Salmah Arshad sebelum ini memberi keterangan bahawa Zulfarhan mengalami 90 kecederaan di seluruh badannya, dengan lebih 80 peratus badannya melecur sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

>>>BANYAK ARTIKEL SILA BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/zulfarhan-dibunuh-kejam-berpunca.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/di-mana-keadilannya-untuk-allahyarham.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/11/18-pembunuh-zulfarhan-dibebaskan-dengan.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/konstabel-ipd-sibu-dengan-sengaja.html



@Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN

JAPAN PROTESTS AS CHINESE SHIPS TRY TO APPROACH FISHING BOAT NEAR SENKAKUS - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan said Thursday it...